web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

Daripada penyelesaian tidur mampu milik hinggalahkepada koleksi permain permainan digital, IKEA untuk 2025 menawarkan pelbagai tarikan

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2024 3:49PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kos hidup yang semakin meningkat, ramai pengguna kini lebih berhati-hati dalam berbelanja. Peka dengan situasi semasa, IKEA Malaysia tampil dengan pendekatan baharu apabila menumpukan fokus pada aspek kemampumilikan untuk 2025.  

Dengan adanya koleksi baharu, penyelesaian lestari, dan paling penting ‘Harga Baharu Lebih Rendah’, terdapat pelbagai perkembangan terkini daripada IKEA untuk semua.

Pengarah Runcit Negara, IKEA Malaysia, Malcolm Pruys berkata, IKEA sudah lama menerapkan amalan harga yang lebih rendah untuk memastikan semua pelanggan dapat berbelanja dengan lebih bijak di gedung kelengkapan keluarga itu.

“Tidak perlu menunggu kempen jualan yang sering diadakan oleh platform beli-belah lain seperti jualan festival 8.8, 9.9 atau 10.10, IKEA menawarkan harga rendah untuk barisan produk terpilih untuk sepanjang tahun. Jadi, pelanggan boleh datang ke gedung kami pada bila-bila masa yang dikehendaki.

“Tidak cukup dengan itu, jika anda berubah fikiran, IKEA juga mengguna pakai polisi pemulangan 365 hari yang membolehkan pelanggan memulangkan produk belum dipasang dalam bungkusan asalnya dalam tempoh 365 hari, berserta resit untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya,” ujar Malcolm.

Malcolm Pruys
Malcolm Pruys

Jika anda salah seorang yang ingin memberi nafas baharu kepada kediaman, inilah peluang terbaik anda! Berikut adalah lima perkembangan utama yang anda nanti-nantikan daripada IKEA.

1. ‘Harga Baharu Lebih Rendah’ Untuk Produk Kegemaran Anda

Bagi menepati janji untuk mempermudah lebih ramai orang memiliki kelengkapan rumah yang bermutu tinggi, IKEA telah memperkenalkan ‘Harga Baharu Lebih Rendah’ untuk lebih 2,000 produk popularnya! 

Sama ada anda memerlukan penyelesaian storan yang bergaya ataupun ingin memperbaharui ruang anda, ini semua boleh dipermudah mengikut kemampuan anda.

2. Tidur Lena Dengan Festival Tidur IKEA 

Sepanjang bulan September ini , gedung IKEA di seluruh negara akan menjadi destinasi inspirasi untuk segalanya yang berkaitan dengan tidur. Sertai kemeriahan di Festival Tidur IKEA dari 7 hingga 29 September. 

Terokai enam elemen penting untuk tidur yang nyenyak dan manfaat-manfaat tidur berkualiti melalui bengkel yang menyeronokkan, halwa telinga yang menenangkan jiwa oleh artis-artis tempatan, serta pelbagai aktiviti hebat bersama dengan barisan pempengaruh kegemaran anda! 

3. Alami Keajaiban Hutan Bersama SKOGSDUVA

Ubah rutin harian kepada detik berharga bersama-sama keluarga dengan rangkaian produk menarik daripada koleksi SKOGSDUVA serba baharu pada Oktober ini! 

Biarkan anda menerawang dalam imaginasi dengan bantal yang seakan-akan tongkol kayu, ambal plush bagai padang rumput menghjiau, jubah mandi yang mengubah anda kepada seekor lynx, dan banyak lagi! Waktu tidur anda kini sudah pasti tidak lagi seperti dahulu!

4. BRÄNNBOLL Tingkatkan Pengalaman Permainan Digital Anda

Dicipta khas untuk pemain permainan digital amatur, BRÄNNBOLL menyatukan gaya dan fungsi bagi memperhebat pengalaman permainan digital!  

Daripada kerusi rendah yang selesa hingga kepada aksesori dan ciri storan pintar yang membantu menyusun ruang anda, malam permainan digital bersama dengan keluarga dan rakan pasti akan menjadi lebih meriah!

Koleksi BRÄNNBOLL bakal dilancarkan pada Disember ini. Jangan lupa tandakan kalendar anda dan nikmati musim cutiakan datang dengan pengalaman permainan digital yang menyeronokkan.

5. Citarasa Baharu Yang lazat Pada Harga Mesra Dompet

Kunjungan ke IKEA tidak sah tanpa singgah di Restoran Sweden. Bermula September ini, anda boleh menantikan pelbagai makanan baharu yang enak-enak belaka. Setia pada komitmen terhadap kemampumilikan, IKEA memperkenalkan lebih lagi pilihan yang mesra dompet bagi seisi keluarga. 

Kini, ahli IKEA Family boleh menikmati Weekdays Family Combo Meal yang eksklusif pada cuma RM 39.90! Dengan harga yang begitu berpatutan, anda kini mampu menikmati hidangan lazat bersama keluarga tersayang tanpa membebankan dompet anda!

Selain itu, IKEA juga memperkenalkan dua lagi hidangan baharu untuk menggamit selera anda: Beef Ribs with Soy Sauce dengan rasa yang kaya, dan Chicken Wings in Gochujang Sauce (6 ketul) yang pedas lagi lazat!

Dengan semua tambahan hebat ini, IKEA memastikan ada sesuatu untuk semua orang pada musim ini.

Tunggu apa lagi? Kunjungi IKEA hari ini untuk lebih inspirasi tentang kehidupan di rumah! Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu, layari IKEA.my. - Getaran, 21 September 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN