web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Alami Insomnia, Mungkin Tilam Adalah Puncanya 

Salah satu cara untuk mendapatkan tidur lena dan berkualiti ialah, dapatkan tilam selesa yang benar-benar sesuai dengan anda

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 5:21PM

Ramai rakyat Malaysia mengalami imsomnia - Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut laporan yang diterbitkan dalam Asian Journal of Medicine and Health Sciences, seramai sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah insomnia atau menghadapi satu atau lebih masalah tidur. 

Tambah membimbangkan, lebih daripada 53 peratus tenaga kerja Malaysia gagal mencapai minimum tujuh jam tidur yang disyorkan dalam tempoh 24 jam. 

Statistik yang membimbangkan ini membuktikan adanya keperluan inisiatif bagi mengatasi masalah berkaitan tidur dan menggalakkan amalan tidur yang lebih baik.

Tidur yang baik bukanlah sekadar bermaksud anda berasa segar dan bersedia untuk hari anda, tetapi ia juga penting untuk kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh, fizikal dan emosi. 

Sebab itulah jika seseorang itu tidak cukup tidur, dia lebih mudah jatuh sakit dan emosinya terganggu di siang hari.

Antara bahana tidak cukup tidur ialah tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasan harian, mudah melenting dengan perkara yang remeh dan badan berasa tidak bermaya. 

Salah satu cara untuk mendapatkan tidur lena dan berkualiti ialah, dapatkan tilam selesa yang benar-benar sesuai dengan anda. 

Ini kerana tilam yang sesuai membolehkan tubuh anda berehat dan memulihkan bahagian seperti sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular anda. 

Bahkan, ia juga merehatkan otak untuk memantapkan daya ingatan, tumpuan dan keupayaanuntuk memotivasikan diri. 

Peka dengan perkara ini, jenama tilam terkemuka dari Singapura, Four Star Industries baru-baru ini melancarkan debut yang dinanti-nantikan di Malaysia. 

Bertempat di bilik pameran baharu mereka di Petaling Jaya, jenama ini memperkenalkan tiga siri tilam inovatif, di mana setiap satu daripadanya direka untuk mendefinisikan semula keselesaan dan meningkatkan kualiti tidur ke tahap baharu. 

1. Detense | Arcticsilk® Advanze Aire FlexTM

Direka dengan teknologi Advanze Aire FlexTM, siri ini menawarkan sokongan adaptif dan penjajaran tulang belakang yang unggul, menjamin sebuah pengalaman tidur yang menyegarkan.

2. Siri Chiro

Dihasilkan daripada kerjasama World Federation of Chiropractors, siri ini mengutamakan reka bentuk ergonomik dan sokongan khusus bagi mengurangkan ketidakselesaan berkaitan tidur dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan.

3. Siri Essential

Siri yang baru dinaik taraf ini direka untuk memberikan penyelesaian inovatif bagi sokongan belakang dan leher anda serta membantu anda tidur dengan selesa. Ia mengekalkan lengkungan semula jadi badan pada sepanjang malam.

Selain itu, Four Star Industries turut bangga menawarkan saiz katil yang boleh diubahsuai, memastikan setiap individu dapat mencari padanan yang sempurna bagi keperluan tidur mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Four Star Industries Group, Dr. Ling Huat Sing berkata, pihaknya membawa misi besar dalam mengetengahkan kepentingan tabiat tidur yang baik dan menggalakkan individu untuk mengutamakan kesihatan tidur.

Dr Ling Huat Sing
Dr Ling Huat Sing

“Melalui penggabungan teknologi tilam yang inovatif bersama pandangan ahli pakar, Four Star Industries bersedia untuk menghasilkan impak yang signifikan dalam mempromosikan kesejahteraan tidur dan memupuk budaya tidur yang memulihkan,” ujar beliau.

Pada acara yang sama, pihak media juga menyaksikan eksplorasi yang mendalam berkenaan sains tidur, yang membuktikan peranan penting tilam yang berkualiti dalam mempromosikan kadar rehat yang optimum. 

Dr. Vicknesh Kandasamy, seorang pakar terkenal dalam penjagaan kiropraktik, juga telah berkongsi pandangan tentang kepentingan mengamalkan tabiat tidur yang baik. 

“Secara umumnya, terdapat tiga posisi tidur yang sering diamalkan oleh setiap individu iaitu posisi terlentang, meniarap dan mengiring (kanan atau kiri).

“Posisi yang terbaik ialah tidur telentang, di mana kedudukan pinggul dirapatkan pada tilam. Kaedah ini disarankan untuk penjagaan tulang belakang. Selain itu, ia juga baik untuk memelihara kecantikan kulit wajah. Satu-satunya kelemahan posisi ini ialah, ia boleh membuatkan seseorang mudah berdengkur,” ulas Dr. Vicknesh. - Getaran, 3 Julai 2024

Foto : Unsplash 

Tilam: Four Star Industries

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN