web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menjaga Kecantikan Sambil Memulihara Alam Sekitar!

Garnier Malaysia melancarkan kempen ‘Garnier Green Beauty’ dengan penganjuran aktiviti pembersihan Pantai Remis.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 9:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Garnier Malaysia (GM) bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah bekerjasama dalam mengadakan satu aktiviti pembersihan pantai di Pantai Remis.

Aktiviti tanggungjawab sosial ini berlangsung sempena kempen ‘Garnier Green Beauty’ yang bertujuan mengurangkan kesan pencemaran plastik terhadap alam sekitar menjelang 2025.

Matlamat lain yang ingin dicapai termasuklah memastikan produk-produk Garnier tidak dihasilkan daripada plastik baharu. Ini bagi memastikan semua bahan plastik dikitar semula.

Garnier turut komited mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasinya dengan memastikan tapak industrinya mencapai tahap neutral karbon menjelang 2025.

Sehubungan itu, GM melancarkan kempen ini dengan penyertaan 80 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil GM, MNS dan Watsons Malaysia.

Wakil GM, Chris Chan berkata, “Menangani krisis plastik di negara ini merupakan satu langkah yang penting ke arah alam sekitar yang lebih hijau dan lestari.

“Melalui kempen ini, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan bijak dan memilih untuk melakukan amalan kitar semula dalam kehidupan mereka.

“Selain itu, kami juga akan menganjurkan bengkel pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara bagi mendidik dan memupuk ‘adiwira hijau’ masa hadapan kita. 

“Kami mahu memperkasakan pengguna kami untuk bersama-sama membuat perubahan.

“`Dengan setiap pembelian produk Garnier, kami akan mendidik seorang pelajar tentang kepentingan pengurangan sisa plastik,” katanya. 

Pengarah Eksekutif MNS, I.S. Shanmuraj pula berkata, “Kami senang berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama strategik yang komited terhadap alam sekitar dan masa hadapan kita.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Garnier kerana mereka memperlihatkan dedikasi mereka yang mendalam dalam mewujudkan perubahan dan menggalakkan pendidikan,” katanya.

Bengkel-bengkel sekolah di seluruh negara turut dianjurkan untuk mendidik para pelajar dan guru tentang sisa plastik dan amalan kitar semula. 

Ia ditubuhkan dengan kerjasama MNS sepanjang tahun ini sehingga Disember 2022. Layari Garnier Green Beauty untuk maklumat lanjut. - Getaran, 21 Jun 2022

Gambar: Garnier Malaysia

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi