web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

Amat popular dalam kalangan individu yang ingin menurunkan berat badan, namun cuka epal turut mempunyai manfaat untuk mengekalkan kecantikan

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:37PM

gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain membeli pelbagai kecantikan di pasaran, anda mesti tahu bahawa ada banyak bahan-bahan di dapur boleh digunakan untuk manfaat kecantikan. Antaranya sebagai topeng muka dan rambut buatan sendiri hinggalah kepada skrub badan. 

Namun, wujud persoalan sama ada ia berkesan atau tidak dan sudah pasti ia mengundang perdebatan sesama kita. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa resipi buatan di rumah ini pasti sudah beberapa kali menyelamatkan kita. 

Jadi ya, tidak kira apa trend datang dan pergi, resipi atau ramuan kecantikan yang dibuat sendiri di rumah ini akan sentiasa berevolusi dan menjadi sebahagian daripada rutin kecantikan anda.  Lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial ketika ini, ada sahaja yang menjadi ikutan ramai apabila ia menjadi tular.

Untuk perkongsian kali ini, kami mahu bercerita mengenai salah satu bahan yang boleh digunakan untuk kecantikan iaitu cuka epal atau apple cider vinegar (ACV). Ya, bahan ini juga sering diamalkan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan. 

Cuka epal boleh dijadikan penyegar wajah dan pencegah jerawat
Cuka epal boleh dijadikan penyegar wajah dan pencegah jerawat

Selain itu, mungkin ada juga yang mengetahui bahawa cuka epal ini juga sering digunakan sebagai salah satu ramuan dalam pembuatan syampu dan pencuci muka. Tahukah anda bahawa ACV boleh menjadi wira untuk kulit dan rambut yang hebat. Berikut adalah lima cara untuk menggunakannya dalam rutin kecantikan anda.

Sebagai toner atau penyegar wajah

ACV adalah astringen secara semula jadi dan oleh itu ia menjadi toner atau penyegar wajah yang hebat. Cukup cairkan ACV yang pekat dengan air dalam nisbah 1:1 dan pindahkan campuran ke dalam botol semburan. Anda boleh terus semburkan terus ke wajah atau semburkan ke pad kapas sebelum meratakannya pada kulit wajah.

Sebagai pembersih kulit kepala

ACV padat dengan sifat antibakteria dan antikulat. Selain itu, ia juga mempunyai kesan pengelupasan. Menggabungkan ciri-ciri ini menjadikan ACV ejen yang sempurna untuk kulit kepala yang kotor yang boleh menyebabkan pembiakan untuk kelemumur dan sebum. 

Sama ada bilas kulit kepala anda dengan campuran yang disebutkan di atas atau hanya campurkan dalam syampu anda untuk menutup baunya yang pelik.

Cuka epal juga baik untuk kesihatan kulit kepada dan rambut
Cuka epal juga baik untuk kesihatan kulit kepada dan rambut

Sebagai penyelesai masalah bulu yang tidak dikehendaki

Dengan kehadiran asid malik di dalamnya, ACV menghasilkan pengelupasan yang hebat. Sama seperti asid glikolik, anda boleh menggosok beberapa titis ACV pada lengan dan kaki. Ia berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati, menghalang pertumbuhan rambut dan juga menghalang benjolan jika anda memilih untuk bercukur.

Sebagai pencegah jerawat

Jangan tak tahu, ACV juga boleh berfungsi sebagai agen anti-jerawat yang cemerlang. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit pada jerawat dan biarkan ia semalaman untuk bekerja.

Sebagai pelembut rambut

Selain membersihkan kulit kepala, ACV juga mampu untuk melembutkan dan melicinkan rambut dengan baik. Ia menutup kutikula rambut dengan baik dan ia juga mampu menjinakkan tekstur rambut kerinting yang ‘menggila’. - Getaran, 7 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

2

TARA 3 tahun yang lalu

Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Menjaga Kecantikan Sambil Memulihara Alam Sekitar!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN