Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 6:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu cara mendapatkan kulit cerah adalah dengan cara memakai krim pemutih. Wanita Asia memang sangat mendambakan kulit cerah kerana adanya stigma kulit cerah atau putih itu tandanya cantik.

Dek kerana itu, banyak jenama produk perawatan wajah hadir dengan krim pemutih yang menjanjikan perubahan drastik pada kulit wajah. Walaupun pada hakikatnya, krim pemutih itu tidaklah memberi efek yang diperkatakan.

Sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana cara krim pemutih bekerja mencerahkan wajah anda?

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Faktor utama yang menentukan warna kulit seseorang adalah melanin. Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, mata, dan rambut anda. Semakin banyak kadar melanin dalam tubuh, maka semakin gelap pula kulit seseorang. Begitu juga sebaliknya.

Melanin melindungi kulit dari kerosakan akibat daripada radiasi sinar matahari dan meningkatkan reaksi kulit terhadap paparan sinar matahari. 

Bintik hitam atau freckles yang sering terlihat pada permukaan kulit wajah merupakan tanda dari meningkatnya produksi melanin di area tersebut.

Jumlah melanin pada kulit ditentukan oleh faktor genetik. Selain itu terdapat faktor paparan sinar matahari, penggunaan bahan-bahan kimia pada kulit, hormon, dan kerosakan kulit yang juga bisa memicu produksi melanin.

Kadar melanin ini boleh berkurangan secara semulajadi. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar melanin adalah dengan melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Dengan itu, kadar melanin akan berkurangan dan kulit menjadi normal kembali.

Selain itu, cara lain untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan menggunakan krim pemutih. Tidak hanya mencerahkan, krim pemutih juga bisa menghilangkan flek hitam, bekas jerawat, atau bintik-bintik akibat penuaan.

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan. Salah satu bahan yang mesti dielakkan ialah merkuri. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Krim pemutih yang mengandung merkuri boleh membahayakan penggunanya, terutama jika ia digunakan dalam jangka panjang. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf. 

Manakala untuk ibu hamil, ia juga boleh menyebabkan kecacatan dan gangguan perkembangan pada janin. 

Satu tip sebelum menggunakan krim pemutih wajah ialah, jangan terus mengaplikasikannya ke wajah atau bahagian tubuh yang lain secara menyeluruh.

Lakukan ujian alergi terlebih dahulu dengan cara mengambil sedikit krim, lalu oleskannya ke bahagian lengan. Biarkan selama 24 jam. 

Jika menimbulkan iritasi, rasa panas, gatal, atau alahan lain, maka lebih baik hentikan penggunaannya. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar kulit sebelum membuat sebarang pembelian.

Buat masker menggunakan bahan-bahan semulajadi

Untuk tampil cantik, jangan sesekali malas untuk berusaha. Anda boleh memilih cara lebih selamat dengan memanfaatkan bahan-bahan semulajadi sebagai masker wajah. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah lemon, madu, betik,, susu, yogurt, teh hijau, minyak zaitun, lidah buaya dan juga kopi.

Jika dilakukan secara rutin, perawatan masker wajah ini mampu mencerahkan kulit. Ini kerana kandungan nutrisi, seperti vitamin, mineral, dan antioksidan, dalam bahan masker semulajadi tersebut mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati, membersihkan pori-pori dan juga memperbaiki jaringan sel-sel kulit wajah. 

Madu antara bahan alami yang sering digunakan sebagai masker. - Gambar hiasan Pexels
Madu antara bahan alami yang sering digunakan sebagai masker. - Gambar hiasan Pexels

Namun, perlu diingatkan supaya anda kenal pasti bahan-bahan yang mungkin boleh menyebabkan iritasi pada kulit wajah anda. Ini kerana lain orang, lain alahannya. 

Lakukan ujian terlebih dahulu dengan mengoleskan bahan semula jadi yang ingin digunakan ke sebahagian kecil kulit tangan. 

Tunggu hingga 24 jam dan lihat bagaimana kulit anda bereaksi. Jika muncul tanda-tanda kemerahan, gatal,  dan melepuh, sebaiknya hentikan penggunaan bahan tersebut dan pilihlah bahan lain.

Untuk mendapatkan resipi untuk masker semulajadi ini, anda boleh buat carian di internet dan ikuti langkah mudah yang disyorkan. Pilihlah resipi di laman web yang boleh dipercayai dan disemak oleh doktor bertauliah.Selamat mencuba! - Getaran, 11 Disember 2022

Rujukan : www.medicalnewstoday.com/ 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Gaya 9 bulan yang lalu

Hati-hati Pilih Krim Pemutih Wajah, Utamakan Kesihatan Berbanding Kecantikan

3

TARA 11 bulan yang lalu

Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jika Mahu Kulit Gebu Licin Menawan Jangan Malas Amalkan Rutin Penjagaan Wajah

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah