web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Mahu Kulit Gebu Licin Menawan Jangan Malas Amalkan Rutin Penjagaan Wajah

Untuk mendapatkan kulit idaman, ia bukanlah sekadar menyimpan angan-angan, bukan boleh dilakukan secara sambil lewa, tetapi perlu ada disiplin diri dalam membersihkan wajah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 4:09PM

Tanpa rutin penjagaan kulit wajah yang tepat, mana mungkin anda mampu tampil dengan kulit mulus bagaikan bintang-bintang K-pop - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kulit gebu, licin dan bebas daripada sebarang noda memang menjadi idaman ramai wanita. Jika kulit bermasalah, rasa yakin diri mula merudum. Segala aktiviti luar sanggup dilupakan demi kerana mahu menyembunyikan diri daripada umum. 

Jangan temberang yang anda tidak pernah berperasaan begini. Lainlah jika anda salah seorang daripada mereka yang tidak menghadapi masalah kulit wajah.

Untuk mendapatkan kulit idaman, ia bukanlah sekadar menyimpan angan-angan, bukan boleh dilakukan secara sambil lewa, tetapi perlu ada disiplin diri dalam membersihkan wajah. Paling penting jangan malas walaupun badan sudah terlalu penat. 

Tanpa rutin penjagaan kulit wajah yang tepat, mana mungkin anda mampu tampil dengan kulit mulus bagaikan bintang-bintang K-pop.

Jika kulit wajah tidak dibersihkan dengan betul, kotoran akan mula menyumbat pori-pori kulit sehingga menyebabkan iritasi, jerawat, atau penyakit kulit lainnya. Berikut adalah langkah-langkah membersihkan wajah yang boleh anda amalkan untuk kulit idaman.

Tip ini dikongsi oleh Pengarah Penyelidikan Kosmetik Dan Klinikal, Jabatan Dermatologi, Hospital Mount Sinai, New York City, Joshua Zeichner.

 

1) Pilih atau guna pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda

Pencuci muka yang berbuih cenderung mengeringkan kulit - Gambar hiasan Unsplash
Pencuci muka yang berbuih cenderung mengeringkan kulit - Gambar hiasan Unsplash

Jika anda mempunyai kulit kering atau sensitif, gunakan pembersih yang menghidratkan dan tidak berbuih. Ini kerana pencuci muka yang berbuih cenderung mengeringkan kulit.

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, pembersih berasaskan asid salisilik atau berbuih mungkin terbaik untuk anda. Ini kerana pembersih jenis ini bertindak membersihkan kulit lebih mendalam dan asid salisilik ialah asid hidroksi beta yang membantu mengeluarkan minyak dari kulit dengan berkesan.

 

2) Jangan bersihkan wajah dengan air panas

Air panas boleh menyebabkan muka memerah dan kulit menjadi kering - Gambar Unsplash
Air panas boleh menyebabkan muka memerah dan kulit menjadi kering - Gambar Unsplash

Zeichner mengesyorkan menggunakan air sejuk atau suam untuk membersihkan wajah. Air panas boleh menyebabkan muka memerah dan kulit menjadi kering terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif. Adalah lebih baik menggunakan air sejuk kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh menegangkan kulit dengan merangsang aliran darah dan meningkatkan peredarannya. 

Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga mendapat manfaat daripada mencuci muka dengan air sejuk kerana air panas akan mengeringkan kulit anda dengan menghilangkan tahap minyak yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapan.

 

3) Bersihkan wajah dua kali sehari 

Jangan lupa bersihkan wajah setiap kali selepas senaman - Gambar hiasan Unsplash
Jangan lupa bersihkan wajah setiap kali selepas senaman - Gambar hiasan Unsplash

Bersih atau cuci pada waktu pagi dan sebelum tidur. Tidur dengan kulit bersih adalah satu kemestian.

"Jika anda akan mencuci sekali sahaja, saya syorkan anda membasuhnya sebelum masuk tidur untuk mengeluarkan semua kotoran yang terkumpul. Selain itu, jangan lupa membersihkan wajah setiap kali selepas senaman. Ini kerana bersenam membuatkan kulit berpeluh,” ujar Zeichner.

 

4) Gerakan mencuci muka

Letakkan sabun cuci muka di tapak tangan dahulu - Gambar hiasan Unsplash
Letakkan sabun cuci muka di tapak tangan dahulu - Gambar hiasan Unsplash

Jika selama ini anda membersihkan wajah dengan mengaplikasikan pembersih wajah terus ke muka, maka hal ini salah. Cara yang betul adalah dengan meletakkan sabun cuci muka di tapak tangan dan gosok wajah perlahan-lahan dalam gerakan membulat.

Sapu secara merata hingga semua kawasan tertutup, kecuali mata dan bibir. Lakukan urutan lembut untuk merehatkan kulit.

 

5) Jangan gunakan tuala 

Lebih baik jika biarkan kulit wajah kering dengan sendiri - Gambar hiasan Unsplash
Lebih baik jika biarkan kulit wajah kering dengan sendiri - Gambar hiasan Unsplash

Tahan keinginan untuk mengeringkan wajah anda dengan tuala tangan yang telah tergantung di atas rak selama beberapa hari. Bakteria boleh membiak pada tuala dan dipindahkan ke wajah anda dengan sekelip mata.

Sebaiknya, gunakan kain lembut dan bersih yang anda gunakan hanya untuk wajah. Tekap perlahan kulit anda dengan kain itu dan lepaskan. Jangan gosok. Lebih baik lagi jika biarkan kulit wajah kering dengan sendiri. 

 

6) Lembapkan wajah

Jangan biarkan wajah anda polos tanpa pelembap wajah - Gambar hiasan Unsplash
Jangan biarkan wajah anda polos tanpa pelembap wajah - Gambar hiasan Unsplash

Walaupun anda ingin membersihkan wajah anda dengan baik, jangan biarkan wajah anda polos tanpa pelembap wajah. Gunakan pelembap yang bertekstur ringan untuk menghidratkan kulit. 

Jika anda menggunakan ubat jerawat atau produk anti-penuaan seperti retinol, gunakan produk tersebut selepas anda memakai pelembap anda, kerana pelembap bertindak sebagai penampan untuk membantu meminimumkan kemungkinan kerengsaan.

 

7) Penyegar (toner) atau astringen tidak wajib

Toner atau astringen sebenarnya tidak terlalu diperlukan - Gambar hiasan Unsplash
Toner atau astringen sebenarnya tidak terlalu diperlukan - Gambar hiasan Unsplash

Pembersih hari ini jauh lebih berkesan berbanding dahulu, jadi toner atau astringen tidak semestinya diperlukan untuk menanggalkan kotoran dan minyak sepenuhnya. “Saya biasanya mengesyorkan toner atau astringen hanya jika merasakan pembersih anda tidak melakukan kerja dengan baik," ujar Zeichner.

 

Ageloc® Lumispa® iO, peranti kecantikan pintar untuk kulit idaman

Selain langkah-langkah di atas, sebenarnya ada banyak lagi rutin kecantikan yang boleh anda lakukan. Boleh kunjungi pusat rawatan wajah untuk melakukan rawatan kecantikan yang lebih kompleks atau boleh juga dapatkan peranti perawatan di rumah untuk hasil yang lebih baik. 

Salah satu produk yang boleh anda dapatkan di pasaran ialah, peranti kecantikan pintar daripada Nu Skin, Ageloc® Lumispa® iO.  Peranti dwi-tindakan yang menjimatkan masa ini membolehkan anda merealisasikan penampilan kulit yang diidamkan. 

ageLOC® LumiSpa® iO - Gambar ihsan Nu Skin
ageLOC® LumiSpa® iO - Gambar ihsan Nu Skin

Dengan kepala rawatan silikon lembutnya, ageLOC® LumiSpa® iO bergerak pada frekuensi tepat yang diperlukan untuk membantu menggalakkan pembaharuan kulit, mendedahkan kulit yang lebih licin dan lembut selepas hanya sekali penggunaan.

Digandingkan dengan aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOC® LumiSpa® iO memberikan dunia baharu kepada rejim penjagaan kulit. Membolehkan anda mencipta rawatan wajah yang diperibadikan yang menyasarkan bahagian utama termasuk wajah dan leher. 

Peranti ini  mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana -mana kerana ia boleh dicas semula dengan Bluetooth yang berpasangan dengan aplikasi Nu Skin Vera®.  Antara kebaikan atau manfaat peranti ini yang dibuktikan secara klinikal ialah kulit tampil lebih bersih berseri, licin, lembut dan anjal.  

“Kami di Nu Skin berbangga dengan penyelidikan saintifik yang meluas apabila membangunkan produk baharu. AgeLOC® LumiSpa® iO terbukti secara klinikal dengan pelbagai manfaat kulit wajah dengan penggunaan dua kali sehari. Ini termasuklah kelembutan, kehalusan, dan keanjalan kulit,” ujar Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei, Hendrix Wong.

Untuk maklumat lanjut tentang ageLOC® LumiSpa® iO atau produk Nu Skin yang lain, sila layari www.nuskin.com.my .  - Getaran, 10 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kempen Burukkan Nazlan, Cemari Nama Baik Badan Kehakiman

3

Politik 3 tahun yang lalu

Mesyuarat MKT UMNO Rutin Persidangan PAU, Tidak Sentuh Pertandingan 2 Jawatan Tertinggi

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Nor Athira Gigih Teruskan Warisan Ayah Menangkap Belangkas

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi