web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat MKT UMNO Rutin Persidangan PAU, Tidak Sentuh Pertandingan 2 Jawatan Tertinggi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 7:02AM

Ahmad Zahid berkata mesyuarat tersebut sekadar membincangkan persiapan program, termasuk ucapan dasar beliau pada PAU 2022 esok - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, tidak menyentuh mengenai isu sama ada dua jawatan utama dalam parti itu akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang atau sebaliknya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu adalah rutin sempena persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).

Katanya, mesyuarat tersebut sekadar membincangkan persiapan program, termasuk ucapan dasar beliau pada PAU 2022 esok.

“Ia mesyuarat untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap bagi persiapan PAU setiap tahun.

“Memang menjadi kelaziman bahawa mesyuarat khas akan diadakan MKT untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap berhubung persiapan ini.

“Pengerusi Tetap sudah membuat laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu adalah rutin sempena persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) - Gambar Fail
Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu adalah rutin sempena persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) - Gambar Fail

Ahmad Zahid menegaskan, MKT juga tidak membincangkan mengenai persiapan dan kerjasama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Jelasnya, perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

“Mesyuarat itu juga mendengar laporan daripada wakil Majlis Tertinggi ke persidangan sayap yang berlangsung semalam (kelmarin).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas merasmikan gerai pameran, Pavilion Kementerian Desa dan Wilayah di WTCKL sempena PAU 2022 semalam berkata, beliau akan menggariskan hala tuju baru UMNO menerusi ucapan dasarnya esok.

Menurutnya, ia bersandarkan pendirian dan keyakinan bahawa adalah lebih baik untuk semua pihak dalam parti itu bersama-sama melakukan perubahan secara drastik dengan segera.

“Esok (hari ini) dalam ucapan dasar, saya akan menggariskan hala tuju baru UMNO yang menjadi tulang belakang kepada BN (Barisan Nasional) untuk menghadapi PRN, PRU (Pilihan Raya Umum) dan lain gerakan massa.

“Gerakan yang harus mendakap semula dukungan akar umbi dan mereka yang tidak berparti, supaya dapat bersama-sama memahami serta akhirnya mendukung dan menyokong UMNO serta BN,” katanya.

Seramai 5,523 perwakilan dianggarkan menghadiri PAU 2022, iaitu 2,648 di perhimpunan utama, Wanita (950), Pemuda (967) dan Puteri (958) - Gambar Fail
Seramai 5,523 perwakilan dianggarkan menghadiri PAU 2022, iaitu 2,648 di perhimpunan utama, Wanita (950), Pemuda (967) dan Puteri (958) - Gambar Fail

Selepas ditunda Disember lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) membuka gelanggangnya bermula Selasa hingga esok, sebagai medan perbincangan dan perutusan demi kebaikan serta kelangsungan parti keramat itu.

Pelbagai agenda direncana sempena acara empat hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini itu, dengan tumpuan utama perwakilan, ahli dan pemerhati adalah pada hari ini bagi mendengar ucapan dasar Presiden serta mengikuti Persidangan Perhimpunan Agung Khas UMNO (Pindaan Perlembagaan).

Hari pertama PAU 2022 dimulakan dengan perasmian persidangan sayapnya, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada kira-kira jam 9 malam, disusuli ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tirai hari kedua dibuka seawal jam 9 pagi dengan beberapa acara, termasuk ucapan dasar Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, selain membentang dan membahaskan usul.

Dua hari terakhir pula menyaksikan tentatif pembentangan dan perbahasan usul.

Seramai 5,523 perwakilan dianggarkan menghadiri PAU 2022, iaitu 2,648 di perhimpunan utama, Wanita (950), Pemuda (967) dan Puteri (958).

Sejumlah 68 agensi media cetak dan elektronik turut mendaftar bagi membuat liputan di PAU 2022, iaitu masing-masing 50 agensi tempatan dan 18 agensi antarabangsa, melibatkan jumlah keseluruhan 517 petugas.

PAU 2022 yang dijadual diadakan pada 21 hingga 24 Disember tahun lalu, ditangguhkan ke bulan ini, memandangkan tarikh tersebut bersamaan dengan cuti persekolahan dan ramai perwakilan sudah merancang percutian masing-masing.

Tempoh itu juga tidak sesuai ekoran negara dilanda musim tengkujuh, sehingga menyebabkan beberapa negeri mengalami banjir teruk. – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

4

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad