web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen Burukkan Nazlan, Cemari Nama Baik Badan Kehakiman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 6:35PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mengutuk kempen dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mencemarkan nama baik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerusi satu kenyataan bersama menegaskan, kempen yang digerakkan itu direka untuk menjatuhkan pentadbiran undang-undang dan mencemarkan nama baik badan kehakiman Malaysia.

“BERSIH dan GBM percaya bahawa kempen memburukkan Hakim Nazlan dan sistem kehakiman oleh peguam dan rakan-rakannya berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Najib yang akan membebaskan beliau daripada penjara. 

“Kami dengan rendah diri memohon Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat untuk menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan serta mencemarkan nama baik badan kehakiman,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat harus diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau.

Dalam pada itu, kenyataan dikeluarkan BERSIH dan GBM turut menggariskan beberapa fakta untuk menyokong pendirian mereka termasuk isu pelanggaran kod etika hakim membabitkan Mohd Nazlan yang dikemukakan kepada Tengku Maimun dalam salinan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang tular di media baru-baru ini.

Surat berkenan tular hanya beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya.

BERSIH dan GBM menegaskan, SPRM tidak memiliki kepakaran atau bidang kuasa untuk menentukan sama ada hakim yang mempengerusikan perbicaraan jenayah mempunyai konflik kepentingan yang mengkehendakinya menarik diri daripada perbicaraan, atau untuk menentukan sama ada seseorang hakim melanggar Kod Etika Hakim 2009.

“Pengurusan perbicaraaan jenayah adalah urusan mahkamah perbicaraan atau rayuan dan urusan etika kehakiman adalah untuk Ketua Hakim Negara, Jawatankuasa Etika Kehakiman atau tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

“Campur tangan SPRM dalam urusan pengurusan perbicaraan kehakiman dan etika kehakiman menunjukkan keangkuhan, kebiadapan dan penghinaan kepada kebebasan badan kehakiman,” katanya.

Justeru, BERSIH dan GBM menegaskan amat jelas daripada episod ini bahawa SPRM memerlukan reformasi struktur yang mendalam untuk membebaskannya daripada pengaruh Eksekutif dan tidak dijadikan senjata untuk kepentingan politik.

“Sebarang siasatan terhadap tindakan SPRM yang dinilai sebagai niat jahat terhadap Mahkamah Persekutuan dan tempoh masa ‘meragukan’ untuk menguar-uarkan siasatan mereka sebelum rayuan akhir SRC Najib di mahkamah tertinggi tahun lepas, perlu dimulakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Tuduhan semberono salah laku kehakiman adalah sangat serius dan berpotensi merosakkan. Bahkan, Parlimen dilarang oleh Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan perjalanan mahkamah dibahaskan di Parlimen, kecuali dengan usul substantif yang dibawa tidak kurang daripada satu perempat Ahli Dewan Rakyat.

“Oleh itu, tidak ada jawapan untuk mengatakan bahawa seorang menteri berhak untuk mendedahkan kandungan penyiasatan kepada hakim hanya kerana soalan telah diajukan di Dewan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan laporan berhubung pelanggaran kod etika membabitkan Mohd Nazlan sudah dikemukakan kepada Tengku Maimun bertarikh 21 Februari lalu.

Azalina berkata, pelanggaran itu dikenal pasti menerusi kesimpulan dikemukakan dalam Laporan SPRM yang mendapati Mohd Nazlan selaku Hakim Mahkamah Rayuan melanggar peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009 dengan dokumen berkenaan turut dikemukakan kepada Tengku Maimun pada hari sama. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jawapan Saya Selaras Fakta, Ia Sudah Dijelaskan Di Dewan Rakyat - Azalina

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan SPRM Babitkan Hakim Nazlan Sudah Diserah Kepada Ketua Hakim Negara

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad