web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2026 2:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad menafikan dakwaan beliau menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu program di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Pahang,  20 Mei lalu.

Azhar berkata, dakwaan yang tular menerusi rakaman video di media sosial itu sama sekali tidak benar atau menggambarkan situasi sebenar yang berlaku.

Jelasnya, kejadian tersebut berlaku selepas beliau selesai memberikan kuliah dan sedang berjalan ke dewan makan sebelum diperkenalkan kepada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan.

"Pada ketika itu, saya dimaklumkan bahawa beliau adalah anak saudara kepada rakan saya. Dalam suasana yang mesra, saya bersalaman dengannya dan menyentuh pipinya sebagai tanda kemesraan, memandangkan saya mengenali rapat keluarganya.

"Tiada tamparan, serangan fizikal atau perbuatan kasar seperti yang didakwa," katanya.

Azhar berkata, insiden berkenaan berlaku secara terbuka di hadapan beberapa pihak, termasuk pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, urusetia program, dan para peserta yang berada di lokasi pada waktu tersebut.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal atas penyebaran rakaman video tersebut, yang menurutnya, tidak menunjukkan konteks keseluruhan kejadian, sekali gus mencetuskan persepsi negatif terhadap dirinya.

"Saya menyeru semua pihak agar meneliti fakta dan tidak menyebarkan dakwaan yang tidak berasas.

"Saya juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan kenyataan palsu yang merosakkan reputasi saya," ujarnya.

Sebuah video yang tular di media sosial sejak semalam memaparkan pelajar berkenaan, yang dikenali sebagai Nik Alif Aiman, mendakwa lditampar oleh Azhar, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – Getaran, 2 Jun 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad