web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan SPRM Babitkan Hakim Nazlan Sudah Diserah Kepada Ketua Hakim Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 10:01PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan berhubung pelanggaran peraturan mengikut Kod Etika Hakim 2009 membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi surat bertarikh 21 Februari lalu oleh SPRM.

“Untuk makluman, siasatan berkenaan isu ini sudah selesai dijalankan. Saya telah dimaklumkan oleh SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari bahawa satu laporan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan Ghazali sudah dikemukakan pada tarikh sama kepada Ketua Hakim Negara berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

“Tiada maklumat lanjut mengenai perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui surat tersebut. Perkara ini juga tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum dilantik dalam bidang kehakiman, Mohd Nazlan pernah menjadi penasihat umum kepada Maybank, dengan peranan itu disifatkan peguam mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau mengetahui mengenai SRC International Sdn Bhd.

Tahun lalu, SPRM memulakan siasatan ke atas Mohd Nazlan susulan dakwaan di blog Malaysia Today bahawa beliau menerima wang RM1 juta yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya daripada ahli pernigaaan dalam buruan, Low Teik Jho atau Jho Low

Bagaimanapun, beliau membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan itu.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kesalahan.

“Kuasa budi bicara diberikan kepada Peguam Negara di bawah Fasal 3 Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang, termasuk seorang hakim sekiranya keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan tersebut.

“Namun demikian, kerajaan tidak akan campur tangan kuasa Peguam Negara atau Pendakwa Raya,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad