Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

Sebagai seorang wanita, penulis sangat faham tentang ‘kekecewaan’ apabila kita gagal mendapatkan produk penjagaan kulit yang tepat. Apa lagi jika kulit kita sensitif dan cepat 'meradang'.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 3:08PM

Untuk mencegah masalah-masalah kulit sensitif, pemilik kulit sensitif perlu merawat kulit lebih berhati-hati berbanding daripada mereka yang mempunyai kulit normal - Gambar Hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang memiliki kulit sensitif, pasti anda akui bukan mudah untuk mencari produk penjagaan kulit atau wajah yang tepat. Jika dihitung, mungkin sudah terlalu banyak jenama yang pernah dicuba demi mendapatkan kulit yang sihat sempurna.

Kulit sensitif adalah istilah untuk keadaan kulit yang mudah mengalami iritasi akibat reaksi berlebihan terhadap berbagai faktor, seperti udara atau bahan kimia dalam produk perawatan kulit. 

Untuk mencegah masalah-masalah kulit sensitif, pemilik kulit sensitif perlu merawat kulit lebih berhati-hati berbanding daripada mereka yang mempunyai kulit normal.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kulit sensitif ialah ruam, gatal, kering, mengelupas hingga rasa terbakar atau pedih pada kulit. Selalunya masalah ini timbul apabila kulit terdedah pada bahan kimia atau udara yang kering dan dingin.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kulit sensitif ialah ruam, gatal, kering, mengelupas hingga rasa terbakar atau pedih pada kulit - Gambar hiasan Unsplash
Antara masalah yang sering dihadapi oleh kulit sensitif ialah ruam, gatal, kering, mengelupas hingga rasa terbakar atau pedih pada kulit - Gambar hiasan Unsplash

Sebagai seorang wanita, penulis sangat faham tentang ‘kekecewaan’ apabila kita gagal mendapatkan produk penjagaan kulit yang tepat.

Namun, janganlah berputus asa, kerana teknologi dalam bidang kecantikan ini tidak pernah berhenti dan sentiasa ada kaedah terbaharu yang diguna pakai. 

Salah satu produk terkini mengintai pasaran Malaysia ialah La Roche-Posay yang dicipta oleh ahli farmasi Perancis dan membawa misi untuk menawarkan penjagaan kulit dermatologi luar biasa dan menyatukan orang ramai melalui produk dan janji jenamanya tentang keselamatan dan mudah dimiliki.

Selama lebih 45 tahun, La Roche-Posay komited untuk menjadikan penjagaan kulit muka dermatologi mudah diperolehi melalui kerjasama pakar dermatologi di seluruh dunia bagi membangunkan produk penjagaan kulit muka yang memberikan perbezaan. 

Antara produk La Roche Posay - Gambar ihsan Loreal Malaysia
Antara produk La Roche Posay - Gambar ihsan Loreal Malaysia

Jenama ini menumpukan kepada inovasi produk yang selamat dan berkesan untuk semua jenis kulit, seperti kulit sensitif, kulit alergik, kerengsaan matahari, kulit berjerawat dan kulit yang merengsa.

Ketika pelancaran jenama ini baru-baru ini, Pengurus Besar Bahagian Kosmetik Aktif di L'Oréal Malaysia dan Singapura, Ashlee Ng, menyatakan La Roche-Posay hadir ke Malaysia untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk penjagaan kulit yang lebih sihat. 

“Kami mendapati semakin ramai pengguna mencari produk yang dibangunkan secara dermatologi demi kebolehpercayaan, keberkesanan dan keselamatan yang lebih baik. Produk-produk La Roche-Posay dihasil berdasarkan piagam keselamatan dan formulasi ketat yang mengandungi jumlah minimum bahan yang dirumus pada kepekatan optimum,” ujar Ashlee. 

Sementara itu, perunding dermatologi Dr. Mazlin Mohd Baseri, menjelaskan bahawa sensitiviti kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit - daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang. 

Dr. Mazlin Mohd Baseri
Dr. Mazlin Mohd Baseri

“Masalah ini mungkin muncul sebagai satu siri sensasi yang tidak menyenangkan seperti rasa mencucuk, ketat, gatal atau pedih. Ini disebabkan oleh kekurangan pada fungsi pelindung kulit (lapisan paling luar kulit).

“Kepekaan berlebihan pada hujung saraf menghantar isyarat sakit sebagai tindak balas kepada rangsangan luar seperti perubahan suhu dan angin, pendedahan kepada matahari dan pencemaran - boleh mengakibatkan rasa tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan kekeringan dan kemerahan," ujar beliau yang turut mengesyorkan produk yang lembut untuk membersihkan dan menjaga kulit sensitif.

Dengan misi untuk memberi kelegaan kepada kulit sensitif, pelbagai rangkaian produk La Roche-Posay boleh didapati termasuklah Effaclar untuk kulit berjerawat dan berminyak; Pigmenclar untuk memudarkan bintik hitam; Cicaplast yang memulihkan dan melindungi fungsi pelindung kulit; dan Anthelios yang menyediakan perlindungan matahari spektrum luas.

Sensitiviti kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit - daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang - Gambar Hiasan
Sensitiviti kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit - daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang - Gambar Hiasan

Bahan eksklusif La Roche-Posay adalah air dari kolam air panas yang kaya dengan selenium. Ini merupakan bahan utama dalam formula penjagaan kulit muka yang terkenal dengan sifat menenangkan dan antioksidan yang diperolehi daripada Thermal Dermatology Centre di Perancis, yang merupakan No. 1 di Eropah hari ini. 

Dengan adanya air termal yang unik ini, pusat ini telah mempertingkatkan kehidupan pengguna, lebih daripada 460,000 pengguna sejak 1906 dan masih merawat dalam purata 8,000 orang dengan masalah kulit setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang La Roche-Posay dan rangkaian produknya untuk pelbagai masalah kulit, sila layari laman web mereka di La Roche-Posay Malaysia.  - Getaran, 26 November 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart