web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

Jenama fesyen dari Sepanyol diketahui pro-Israel dan kempen terbaharu ternyata tidak lagi menghiraukan pandangan orang ramai, malah terus tingkat kemarahan masyarakat global

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zara kini dihentam teruk gara-gara kempen fesyen terbaharunya ‘ZARA ATELIER. Koleksi 04_The Jacket’, yang dilancarkan pada 7 Disember lalu.

Kempen itu menampilkan model Kristen McMenamy memperlihatkan satu siri imej di mana McMenamy bergambar di hadapan ruang kerja yang berselerak, dipenuhi dengan kotak kosong dan dinding yang musnah.

Terdapat habuk, pecahan batu dan sisa-sisa runtuhan serta patung yang sebahagian daripadanya hilang anggota badan dan dibalut dengan kain putih. Paling menjengkelkan, terdapat foto di mana McMenamy memegang peragawati kaku yang dibalut dengan kain kafan putih. Dalam beberapa tangkapan, model lain di sekelilingnya diseliputi habuk.

@jetakadri Boycott Zara #fy #fyp #foryou #zara #boycott #boycottzara #palestine #freepalestine #savegaza #savechildren #humanity #fyy ♬ Palestine (Vocals Only) - Muad

Sekali imbas, sesiapa sahaja yang melihat foto-foto ini pasti hati tersentak. Ia punya persamaan dengan apa yang sedang berlaku di Gaza ketika ini.

Sudahlah begitu, mengapa Zara memilih tarikh 7 Disember untuk pelancaran kempen? Adakah ia secara kebetulan atau sengaja dilakukan berikutan serangan di Gaza berlaku pada 7 Oktober.

Kempen itu, yang kononnya mempamerkan reka bentuk serba boleh jaket, sebaliknya menjadi simbol ketidakpekaan korporat terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza. Visual promosi yang mempunyai persamaan yang jelas dengan imej kematian dan tempoh berkabung di Gaza sememangnya tidak boleh diterima masyarakat antarabangsa.

Atas keterlanjuran yang tidak sensitif ini, masyarakat antarabangsa kini menyeru orang ramai mula memboikot Zara. Ramai yang percaya bahawa kempen jenama fesyen itu sengaja dilakukan.

“Zara tahu apa yang dia buat. Jangan percaya bahawa kempen ini hanya dilakukan secara organik dan tidak bersalah. Mengapa mereka tidak menjelaskan salah faham itu? Beri kenyataan? Minta maaf atas simbolisme itu?”, komen seorang pengguna di X.

“Adakah Zara akan berdepan dengan sebarang tindakan akibat daripada kempen yang menjijikkan ini apabila melibatkan francaisnya di Asia Barat? Mereka memperoleh  banyak wang daripada kami. Ini sesungguhnya bukanlah satu kebetulan,” ulas Lubna Hamdan, Editor Majalah Frankly Magazine Dubai.

Tanda pagar dan kempen media sosial yang sedang berjalan ketika ini jelas mencerminkan rasa tidak puas hati yang semakin memuncak terhadap cara yang digunakan oleh syarikat multinasional itu.

Sehingga kini, Zara masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi atau respon terhadap kontroversi itu. Namun, gambar yang dikaitkan sudah dipadam di akaun media sosial mereka. - Getaran, 12 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Papagomo Didakwa Sebut Perkataan Menghasut Kaitkan Kerajaan Pro-Israel, Barat

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Tampil Beri Penjelasan, Namun Tiada Permohonan Maaf

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN