web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zara Tampil Beri Penjelasan, Namun Tiada Permohonan Maaf

Mereka mendakwa sesi penggambaran telah diadakan pada September lalu.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 12:23PM

Zara mendakwa kempen 'The Jacket' dirakamkan pada September lalu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dihujani dengan pelbagai kecaman dan ‘diserang’ oleh penunjuk perasaan di beberapa stornya di luar negara, jenama fesyen pro-Israel, Zara akhirnya tampil membuat penjelasan. 

“Selepas mendengar komen mengenai kempen Zara Atelier terbaharu, ‘The Jacket’ kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami.

Kempen tersebut diilhamkan pada Julai dan dirakam pada September. Ia mempersembahkan satu siri imej arca yang belum siap di studio pengukir dan dicipta dengan satu tujuan untuk mempamerkan koleksi pakaian dalam konteks artistik.

Malangnya, sesetengah pelanggan berasa tersinggung dengan imej ini, yang kini telah dialih keluar dan melihat di dalamnya sesuatu yang jauh daripada yang dimaksudkan semasa ia dihasilkan.

Zara kesal dengan salah faham itu dan kami tegaskan semula penghormatan kami terhadap semua orang,” kongsi Zara dalam satu hantaran di akaun Instagramnya.

Malangnya, tiada permohonan maaf dibuat dan kenyataan ini menaikkan lagi kemarahan orang ramai. Yang pasti, penjelasan Zara ini hanya memburukkan keadaan kerana mereka bagaikan tidak peduli.

Andai benar segalanya telah dirancang awal, mereka seharusnya tidak melancarkan siri foto itu memandangkan situasi semasa yang sedang berlalu. Ketika dunia sedang melancarkan boikot terhadap produk yang menyokong pembunuhan beramai-beramai di Gaza, masakan Zara tidak ambil maklum.

Terdahulu, pada 7 Disember lalu, Zara telah melancarkan satu siri kempen untuk jaket terbaharu yang menampilkan model Kristen McMenamy bergaya di hadapan ruang kerja yang berselerak, dipenuhi dengan kotak kosong dan dinding yang musnah. 

Selain itu, terdapat habuk, pecahan batu dan sisa-sisa runtuhan dan patung yang sebahagian daripadanya hilang anggota badan dan dibalut dengan kain putih.  Paling menjengkelkan, terdapat foto McMenamy memegang peragawati kaku yang dibalut dengan kain kafan putih. Dalam beberapa tangkapan, model lain di sekelilingnya diliputi habuk. – Getaran, 13 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Suami Pengasuh Dihukum Mati Kerana Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN