web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:45PM

Keadaan Gunung Ruang pagi ini. - gambar Reuters

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua penerbangan keluar dan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi seperti biasa, susulan tiga letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata ketika ini debu gunung berapi (ash cloud) daripada letusan gunung berapi berkenaan berada di ketinggian antara 45,000 kaki hingga 63,000 kaki.

Berikutan itu, katanya, penerbangan dihadkan pada ketinggian 35,000 kaki ke bawah dalam kawasan poligon.

“Tiada jatuhan debu dilaporkan dan operasi masuk dan keluar dari KUL (KLIA) diteruskan.

“Semua penerbangan menuju Asia akan mengelakkan debu gunung berapi jika perlu,” katanya kepada pemberita.

Norazman berkata, debu gunung berapi berada di kedudukan timur dari Singapura dan bergerak pantas menuju ke barat.

Katanya, debu gunung berapi itu akan berada di ruang udara Singapura pada ketinggian 45,000.

“Ia dijangka tiba di ruang udara KLIA pada 9.40 malam ini. Semua operator penerbangan juga sudah dimaklumkan,” katanya.

Media melaporkan, Gunung Ruang meletus tiga kali semalam dengan memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke udara, menyebabkan pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan arahan pemindahan untuk 12,000 penduduk.

Letusan Gunung Ruang yang dirakam pengguna media sosial. - gambar media sosial
Letusan Gunung Ruang yang dirakam pengguna media sosial. - gambar media sosial

Kerajaan Indonesia juga mengerahkan sebuah kapal penyelamat dan sebuah kapal perang untuk membantu proses pemindahan dari pulau Tagulandang yang berdekatan ke pulau Siau susulan amaran mengenai bahagian gunung berapi yang jatuh ke laut berpotensi menyebabkan tsunami.

Agensi meteorologi negara itu, (BMKG) yang berkongsi peta hari ini, menunjukkan abu gunung berapi sampai ke timur Malaysia di pulau Borneo manakala penyebaran debu gunung berapi memaksa tujuh lapangan terbang ditutup, yang terbesar di ibu kota wilayah Manado dan bandar Gorontalo.

Ketua Pos pemantauan Gunung Ruang, Julius Ramopolii, dilaporkan berkata gunung berapi itu masih mengepul abu dan asap di atas kawah pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan media semalam, memaklumkan berdasarkan model trajektori National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), debu gunung berapi itu dijangka memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, dilaporkan berkata, MET Malaysia sudah mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan (SIGMET) kepada semua operator penerbangan berikutan debu gunung berapi dijangka memasuki ruang udara Malaysia dan boleh mengganggu operasi penerbangan di dalam Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR).

Katanya, debu gunung berapi yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

MET Malaysia turut mencerap ketinggian letusan mencapai kedudukan 63,000 kaki atau 20 kilometer. – Getaran, 1 Mei 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad