web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:05AM

gambar FB Lotus's Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menjadikan musim perayaan ini sebagai masa untuk berkongsi kegembiraan bersama pelanggannya dan mereka yang memerlukan.

Lotus's dalam kenyataan memaklumkan, bertemakan 'Lotus’s Playful and Joyful Moments', pihaknya bukan sahaja menyajikan kemeriahan kepada pelanggannya di pasar raya besar atau pusat beli-belah Lotus's, malah menghidupkan semangat #KitakanJiran dengan mengajak pelanggan menyertai inisiatif Secret Santa di lapan Lotus’s Mall terpilih sepanjang bulan ini.

“Lotus’s Malaysia akan menyebarkan kemeriahan perayaan menerusi kempen Lotus’s Playful and Joyful Moments dengan menawarkan siri jenama Mattel yang mengambil bahagian seperti Hot Wheels, Polly Pocket, Matchbox, Thomas and Friends, Scrabble dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

Lotus’s memaklumkan pelanggan boleh menyertai aktiviti mesra keluarga di Lotus’s Mall terpilih iaitu Lotus’s Mutiara Damansara pada 1 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024; Lotus’s Puchong, Lotus’s Ampang dan Lotus’s Cheras (1 hingga 14 Disember 2023) dan Lotus’s Selayang, Lotus’s Klang, Lotus’s Rawang serta Lotus’s Kepong (16 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024).

Ketua Pusat Beli-Belah Lotus’s Malaysia, Melissa Wong dalam kenyataan berkenaan berkata, Lotus’s Playful and Joyful Moments memberi peluang kepada keluarga untuk mencipta kenangan, erat antara satu sama lain serta menyelami kegembiraan menerusi bengkel dan aktiviti mesra keluarga sepanjang bulan ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan matlamat untuk menjadikan Lotus’s destinasi yang mengutamakan keluarga dan kanak-kanak untuk membeli-belah dan berkumpul.

Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh merujuk Facebook rasmi Lotus's Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan bengkel hujung minggu berkenaan.

Lotus’s juga komited untuk berkongsi keseronokan pada musim perayaan ini melangkaui pasar raya dan pusat beli-belah dengan menggembirakan kanak-kanak kurang bernasib baik dari lapan rumah kebajikan.

"Pelanggan boleh menyertai inisiatif Secret Santa bagi memenuhi hajat Krismas kanak-kanak berkenaan dengan memilih hajat dari pokok Krismas, membeli hadiah dan kemudian meletakkannya pada pokok di pasar raya dan pusat beli-belah yang sama,” menurut kenyataan itu.

Lotus’s memaklumkan Secret Santa dijadual pada 1 hingga 14 Disember ini di Lotus’s Mutiara Damansara, Puchong, Ampang dan Cheras, manakala 16 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 di Lotus’s Selayang, Klang, Rawang serta Kepong.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Lotus’s Puchong pula dipenuhi keceriaan dengan kehadiran keluarga serta kanak-kanak dari Tender Touch Paediatric Rehab dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN