Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serum Atau 'Essence'? Ketahui Perbezaannya

Serum merupakan cecair yang likat dan pekat serta mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit manakala 'essense' pula lebih cair atau ringan dan fungsinya sama dengan serum.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:35AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan lambakan produk rawatan wajah di pasaran, pasti ramai yang semakin keliru tentang fungsi atau penggunaan serum atau essence. Mana yang lebih berkesan? Jika sudah memakai serum perlukan memakai essence? Ini antara pertanyaan yang mungkin bermain di fikiran anda.

Baiklah di sini diterangkan serba sedikit tentang fungsi kedua-dua produk kecantikan ini. Serum merupakan cecair yang likat dan pekat serta mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit yang lebih tinggi kepekatannya berbanding krim dan losen. 

Hanya beberapa titik serum (tiga hingga lima titik) sudah cukup memberikan kesan terbaik kepada kulit kerana kepekatan bahan aktif di dalamnya yang tinggi. Oleh itu, serum kebiasaannya lebih mahal berbanding penyegar dan pelembap wajah. 

Pemakaian serum wajah secara rutin boleh mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembap berseri. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit wajah. Ia bertindak sehingga ke lapisan kulit yang lebih dalam.

Sementara essense pula teksturnya lebih cair atau ringan dan fungsinya punya persamaan dengan serum. Cuma ia bersifat lebih lembut dan ringan bagi kulit. Malah, penggunaannya juga berbeza, di mana ia harus diaplikasikan selepas anda mencuci wajah, sebelum menggunakan serum. 

Pemakaian essence sebenarnya popular dalam kalangan wanita korea sejak 2011, di mana ketika itu produk ini menjadi sebagai salah satu produk yang harus anda untuk rangkaian perawatan wajah 10 tahap yang diperkenalkan di negara tersebut. 

Essence mengandungi bahan-bahan aktif di dalamnya, salah satunya adalah asid hyaluronik.  Asid ini bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit, menganjalkan tekstur kulit, serta melindungi kulit dari serangan bakteria. Bahkan, untuk sesetengah jenama kecantikan essence juga berfungsi untuk  mempersiapkan kulit untuk menyerap bahan-bahan produk penjagaan wajah lain secara maksimal.

Satu lagi fakta yang anda harus tahu tentang essence ialah, ia sesuai untuk golongan wanita berusia 40 tahun ke bawah. Ini kerana golongan lebih muda biasanya tidak memerlukan serum dalam rutin penjagaan kulit mereka.

Rangkaian Youth Focus Baharu dari AHC

Jadi, jika anda sedang mencari rangkaian produk perawatan wajah yang mempunyai essence dalam rutinnya, bolehlah mencuba rangkaian Youth Focus baharu dari jenama penjagaan kulit nombor satu di Korea AHC.

Ia menampilkan Pro Retinal 11X™, bahan unggul yang 11 kali lebih berkesan daripada retinol untuk melambatkan tanda-tanda awal penuaan.

Tanda-tanda awal tersebut dirumuskan secara ringkasnya sebagai titik, garisan dan permukaan. Titik merujuk kepada pori, garisan pula merujuk kepada kedutan, manakala permukaan merujuk kepada ketegangan kulit. Rangkaian produk ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kedutan dan garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit supaya kulit kelihatan lebih muda dalam masa 14 hari.

Keutamaan rangkaian Youth Focus ialah membawakan fungsi antipenuaan total - mengecilkan pori, antikedutan, mencerahkan dan menegangkan kulit. Selain itu, faktor yang membezakannya dengan produk-produk retinol yang lazimnya agak kasar pada kulit adalah ia menampilkan formula yang lebih lembut, oleh itu ia sesuai digunakan setiap hari pada kulit yang mudah mengalami kerengsaan. 

Terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif, Pro Retinal 11X™ mengandungi bahan-bahan yang melegakan dan meredakan iaitu ekstrak Centella asiatica dan ekstrak buah Ficus carica (tin) yang diketahui dapat melegakan dan menyegarkan kembali kulit sensitif.

Rangkaian Youth Focus juga mengandungi retinal, sejenis retinoid yang diketahui mempunyai kesan yang lebih kuat daripada retinol. Disebabkan sifat semulajadinya yang tidak stabil, bahan tersebut jarang digunakan berbanding retinol walaupun ia lebih berkesan dan kurang mendatangkan kesan sampingan.

Dengan menggunakan teknologi yang unik, AHC telah menemukan cara untuk menstabilkan bahan tersebut, iaitu dengan mengubahnya kepada Pro Retinal 11X™, bahan utama rangkaian produk ini yang membawa kesan 11 kali lebih kuat daripada retinol.

Berikut adalah senarai produk yang ada dalam rangkaian Youth Focus

1. AHC Youth Focus Essence (30 ml)

Essence anti-penuaan ini mengandungi kepekatan retinal yang tinggi, dan terbukti secara klinikal untuk mengatasi enam jenis kedutan dalam masa 14 hari - mata, mulut, garis senyum, kening, dahi dan leher. 

Di samping itu, ia mengecilkan pori, serta mencerahkan dan menegangkan kulit. Kerana teksturnya yang lembut, pengguna akan dapat menikmati rasa segar pada kulit bila digunakan.

2. AHC Youth Focus Emulsion (130 ml)

Emulsi yang memulihkan kulit ini menyuburkan kulit dengan mendalam supaya kekal tegang dan licin. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dalam masa dua minggu, teksturnya yang ringan dan lembut menjadikannya sesuai untuk kegunaan pada waktu siang dan malam.

3. AHC Youth Focus Toner (130 ml)

Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit dengan serta-merta, penyegar ini memastikan kulit anda mendapat penghidratan yang diperlukan untuk tempoh yang lebih lama. Tekstur gel air yang lembap dan ringan diserap dengan pantas tanpa rasa melekit. - Getaran, 23 November 2021

Gambar: AHC & Unsplash

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

2

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pelakon Korea, Lee Sun Kyun Ditemui Mati Di Tengah-Tengah Siasatan Dadah

4

TARA 6 bulan yang lalu

6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 15 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki