web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Korea, Lee Sun Kyun Ditemui Mati Di Tengah-Tengah Siasatan Dadah

Bintang filem yang merangkul Anugerah Oscar ini ditemui mati pada Rabu dan dipercayai membunuh diri

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 9:32PM

Lee Sun Kyun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Lee Sun Kyun yang meraih perhatian global menerusi lakonannya dalam filem anugerah Oscar, ‘Parasite’ ditemui mati di dalam sebuah kereta pada Rabu. Kematiannya disahkan oleh Balai Polis Seoul Seongbuk dan kematian pelakon ini dipercayai kerana membunuh diri. 

Sun Kyun, 48, kini sedang disiasat oleh pihak polis berhubung penyalahgunaan dadah dan berhadapan dengan hukuman keras jika didapati bersalah. Dia juga telah dipanggil untuk soal siasat sebanyak tiga kali di mana salah satu sesi berlangsung selama 19 jam.

Ketika disiasat, pelakon itu mendakwa dia telah ditipu untuk mengambil dadah oleh seorang pelayan bar yang cuba memeras ugutnya, lapor agensi berita Yonhap.

“Saya telah mengambilnya melalui hidung, menggunakan penyedut minuman, tetapi saya fikir ia adalah pil tidur. Saya tidak tahu bahawa ia adalah dadah." Responnya itu bagaimanapun dipersendakan oleh netizen yang menganggap dia berbohong. 

Perkara terakhir yang dilaporkan daripada pihak Lee Sun Kyun ialah keinginannya untuk menjalani ujian pengesan pembohongan.

Dilaporkan juga bahawa isteri Lee Sun Kyun yang juga merupakan seorang pelakon, Jeon Hye Jin telah menghubungi polis untuk melaporkan kehilangan suaminya berikutan penemuan surat bunuh diri. - Getaran, 27 Disember 2023

Foto : CNN

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad