web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rain Town Terima Sambutan Positif Di Luar Negara

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 9:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem “Redha”, Tunku Mona Riza Tunku Khalid kali ini tampil lebih berani dengan mengetengahkan  satu lagi karya baharu arahannya berjudul “Rain Town”.

Uniknya filem terbaharu yang diarahkan oleh sutradara alumni Akademi Filem New York itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun hakikatnya beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu dan terpaksa ditemani oleh jurubahasa sepanjang menjalani pengambaran filem itu di Taiping, Perak.

“Saya sukakan cabaran baharu...dan saya bukan nak melupakan Bahasa Melayu tetapi adalah bagus untuk menggunakan bahasa lain kerana ia baik untuk pembangunan industri perfileman kita.

Saya bukan cuma berkarya dengan bahasa berbeza tapi menjalani keseluruhan proses yang menarik dari perspektif berlainan melalui interaksi dan pembelajaran. Walaupun timbul rasa takut dan bimbang, namun saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran filem itu, baru-baru ini.

Walaupun kali pertama mengarahkan filem berbahasa Kantonis, Tunku Mona berkata sebelum ini beliau pernah mengarahkan iklan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Mandarin, Kemboja dan Vietnam selain menghasilkan supertelefilem “Uri” dan “Parit Jawa”, masing-masing dalam bahasa Iban dan Jawa.

Jika filem “Redha” diinspirasikan daripada kisah benar tentang cabaran sepasang suami isteri untuk membesarkan anak mereka yang menghidapi penyakit autisme, kali ini beliau sekali lagi mengetengahkan isu kekeluargaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tunku Mona Riza - gambar Facebook
Tunku Mona Riza - gambar Facebook

Menurut Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 ini “Rain Town” mengangkat kisah yang sarat dengan pelbagai emosi terutama apabila perlu berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak.

"Ia adalah isu keluarga yang biasa dialami dalam kehidupan segelintir masyarakat. Isu tersebut walaupun ada yang ambil mudah, namun masih boleh menyebabkan berlakunya keretakan hubungan dalam ahli keluarga sehingga hilangnya rasa hormat dan persefahaman

... daripada maklum balas yang diterima, ramai yang berkongsi bahawa isu yang dibawa di dalam filem ini mudah difahami dan kebanyakan turut mengalami masalah serupa," katanya.

Jalan cerita “Rain Town” berkisar mengenai Choo seorang bapa yang juga ketua keluarga yang berterusan mencampuri kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa iaitu Isaac, Alex dan Ruby, sehingga mengabaikan cita-cita dan kebahagiaan mereka.

Apabila isteri Choo, Aileen ditimpa kemalangan, hubungan keluarga itu semakin renggang sehingga mencampakkan mereka ke dalam konflik yang menyayat hati.

Menariknya biarpun hanya akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 8 Feb 2024, filem ini telahpun mendapat perhatian di persada antarabangsa dengan menerima Anugerah Khas Filem Bahasa Yang Paling Dinantikan pada Anugerah “China Golden Rooster” Ke-36 bersempena Festival Filem  "Golden Rooster and Hundred Flowers" di Xiamen, China, November lepas. 

Filem terbitan Current Pictures Sdn Bhd itu turut terpilih mewakili Malaysia ke Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera Ke-10 (SRIFF)  di Fuzhou, China; Festival Filem Asia Vancouver (VAFF); Festival Filem Dunia Asia (AWFF); Festival Filem Antarabangsa India Ke-54 (IFFI) dan Festival Filem Medan (MFF) juga pada November lepas.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN