web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gandingan Hebat Johan As’ari Dan Faizal Hussien Dalam Menanti Senja

Menyusuli Hati Tercarik Luka di slot Samarinda, saksikan drama bersiri baharu Menanti Senja bermula semalam (17 Januari)

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyusuli Hati Tercarik Luka di slot Samarinda, saksikan drama bersiri baharu Menanti Senja menggandingkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan bermula semalam, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Drama bersiri 15 episod terbitan Anomali Media & Production itu merupakan idea asal pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menanti Senja mengisahkan pengorbanan serta kasih sayang seorang ayah dan suami yang diuji apabila isteri dan anak dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukan.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai membaiki alatan elektrik/elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein). 

Kamal meminta Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjara akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya? 

Mengulas tentang drama terbaharunya ini, Johan As’ari memberitahu dia menerima tawaran daripada pihak produksi kerana tertarik dengan skrip dan ingin bergandingan dengan Faizal Hussein. 

“Saya tertarik dengan skrip Menanti Senja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan pelakon senior, Faizal Hussein dan Khatijah Tan, serta Trisha Ooi, gandingan  yang sangat senang untuk bekerja.

“Watak Syukri banyak bermain dengan emosi dan ia agak berlainan dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan. Seiring dengan usia pembabitan saya di industri ini, saya ingin menerokai kepelbagaian sisi watak dan menjadikan watak itu lebih hidup dan dekat dengan penonton.

“Terima kasih TV3 kerana masih mempercayai bakat lakonan saya. Semoga drama bersiri Menanti Senja ini mendapat tempat di hati peminat-peminat”, ujar Johan.

Jangan ketinggalan untuk menonton Menanti Senja menerusi slot Samarinda. Anda juga boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. - Getaran, 18 Januari 2024

Foto : TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN