web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelbagai Kajian Dibuat Sebelum Pendekar Awang Dihasilkan - Pengarah

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 9:34PM

Antara barisan pelakon bergambar selepas sesi soal jawab dan pra tonton filem Pendekar Awang bersama media di Putrajaya hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Pelbagai kajian dilakukan termasuk bertemu dengan ahli keluarga dan penduduk kampung dalam usaha menghasilkan filem 'Pendekar Awang:
Darah Indera Gajah, bagi menampilkan satu pengisahan yang menarik.

Filem arahan Shahruddin Dali dan Saiful Reza itu merupakan susulan kepada filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' yang berjaya mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2022
sehingga berjaya mencatat kutipan lebih RM97 juta.

Shahruddin berkata kajian telah dibuat sebelum filem Mat Kilau dihasilkan lagi, dan ia kemudiannya dikembangkan bagi menghasilkan filem kedua terbitan Studio Kembara itu.

"Saya mahu membentangkan sebuah kisah untold story, jadi saya ambil inisiatif dengan berjumpa sendiri cucu cicit pahlawan Melayu ini dan tidak hanya bersandarkan kepada buku semata-mata.

"Selain buku, saya rasa kita perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber dan bahan lain kerana apa yang dipaparkan adalah kisah yang belum pernah didengar. Saya rasa itu lebih menarik, katanya dalam sidang media selepas tayangan perdana filem berkenaan, di sini semalam.

Shahruddin Dali - gambar BERNAMA
Shahruddin Dali - gambar BERNAMA

Shahruddin yang juga penulis skrip berkata alur cerita filem itu adalah inspirasi daripada kisah benar mengenai usaha Awang lakonan Fattah Amin yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Tok Gajah agar tidak dibunuh tentera British ketika mengiringinya bagi mendapatkan bantuan perlindungan daripada Terengganu.

"Dari segi penggunaan dialog, saya tidak terlalu menekankan ayat yang 'terlalu baku' atau klasik agar penonton lebih mudah faham selepas mendengarnya," katanya.

Sementara itu penerbit yang juga pemilik produksi Studio Kembara, Abdul Rahman Dali berkata kos pembikinan filem itu mencecah RM15 juta termasuk kos promosi.

"..saya tidak dinafikan ada pembaziran yang berlaku kerana kita jalani penggambaran semula akibat daripada pertukaran pengarah.

"Namun saya harap filem ini mampu meningkatkan rasa cinta kepada tanah air, menghargai pengorbanan pejuang tanah air serta membantu meningkatkan semangat positif dalam kalangan anak muda," katanya.

Sementara itu, Nur Fazura Sharifuddin, 40, yang membawakan watak srikandi wanita bernama Sayang dalam filem itu, yakin dengan keputusan pengarah mengenai penggunaan kostum digayakan bagi memaparkan aksi perjuangan mereka.

"Saya rasa pengarah takkan buat sesuatu tanpa kajian.. dan bagi saya, pakaian itu, sebenarnya lebih memudahkan srikandi untuk berperang selain menutup aurat. Saya berharap penonton pergilah menonton terlebih dahulu filem itu sebelum mengkritik," katanya semasa merujuk polemik di media sosial berhubung busana karakter srikandi yang digayakan dalam filem berkenaan.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah cuba menyelongkar kisah sebenar perjalanan Tok Gajah dan pahlawan Melayu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan Melayu di Terengganu.

Peristiwa dalam filem ini berlaku di Pahang, selepas pertempuran terakhir Mat Kilau di Kuala Tembeling, apabila British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Dalam usaha menyelamat, Awang, watak utama dalam filem ini yang juga adik kepada Mat Kilau, berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.

Pendekar Awang: Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dibintangi Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amerul Affendi dan Hasnol Rahmat bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN