Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

Selebriti Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 4:30PM

Erma Fatima - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Hentikan kenduri selak kain, Sarah Dan Aliff sila berambus dari Malaysia", kenyataan daripada pengarah dan pelakon Erma Fatima ini nampaknya mengundang kemarahan warga Singapura sehingga ramai yang menghampurkan kata-kata kurang enak kepada pengarah berusia 56 tahun ini.

Ruangan komen pada hantaran terbaharunya di akaun Instagram, terdapat lambakan komen yang menempelak dan menuduh Erma ini dan itu, padahal Erma hanya menulis kapsyen ringkas pada foto yang memperihatkan dia bersama pelakon popular asal Singapura, Adi Putra itu, 

“Insyaallah...jumpa lagi lepas ini, selepas LELAKI ITU. Nantikan.”

“Hati-hati Adi Putra. Nanti kena halau, kalau artis Malaysia miang,” komen Shahiramoyy.

“Orang Singapore susah nak cari makan kat negeri sendiri katanya .. kena menagih kat negeri orang … kesian. Celebfest berlambak artist mana? Artist Jepun agaknya pasang stall eh? JB immigration sesak tiap pagi ..orang mana masuk Singapore kerja? Orang Afrika?” tempelak Juliernani.

“Ni semua business la geng. Dia backup artis-artis yang kerja bawah dia saja, yang bagi dia rating tinggi and duit je. Dia mana peduli pasal Bella sebab Bella bukan artis under dia.

“Ruhainies dengan Sophia menyondol pun dia peduli apa. Dia lagi nak highlight Sarah menyondol sebab Sarah tak bagi dia keuntungan.”

“Lepas tu dia bagi statement sentuh isu kenegaraan dengan harapan orang Malaysia bekap dia tapi backfired. Semua ni business and self-interest. Dia bukan peduli Bella teraniaya atau bukti-bukti yang Sarah tunjuk tu berpihak pada Bella, tak tak,” tulis seorang lagi warganet.

Selain tiga komen di atas, ada banyak lagi komen panas, termasuklah yang melampaui batas.

Dengan perkembangan situasi terbaharu ini, Erma tampil dengan satu permohonan maaf kepada warga Singapura. Namun, dia tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine itu adalah salah.

"Saya minta maaf kalau ia mengguris hati orang Singapura, tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan," katanya.

Permohonan maaf daripada Erma itu dikongsi dan dibacakan oleh pengacara Roslan Shah menerusi satu video siaran langsung di Instagram miliknya pada Rabu.

"Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.

"Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik," luah Erma. - Getaran, 2 Mei 2024

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pempengaruh, Ceddy Ang Layak Dipuji, Tak Pernah Berhenti Menyokong Palestine

Bagi Ceddy, konflik di Palestine bukanlah semata-mata isu agama, tetapi ia adalah hal kemanusiaan. 

oleh Rahayu MN