web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Oppenheimer Menang Besar Lagi, Bolot 7 Anugerah Oscar

Pengarahnya, Christopher Nolan turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 5:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

FILEM Oppenheimer sekali lagi mengulangi kejayaan manis apabila ia menang besar di Anugerah Oscar ke-96 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).

Filem biopik arahan Christopher Nolan itu menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Filem Terbaik menyingkirkan tiga filem lain iaitu The Holdovers, American Fiction dan The Zone of Interest.

Malah, ia juga berjaya membawa pulang enam lagi anugerah daripada 13 kategori yang dipertandingkan iaitu Pengarah Terbaik untuk Christopher Nolan, Pelakon Terbaik untuk Cillian Murphy dan Pelakon Pembantu Terbaik untuk Robert Downey Jr, Skor Filem Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan  Sinematografi Filem Terbaik.  

Penerbit, Emma Thomas yang juga isteri kepada pengarah Christopher Nolan menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai detik yang paling dinantikan oleh pembikin filem.

"Saya rasa, mana-mana antara kami yang membuat filem, pasti mengimpikan detik ini. Bagaikan tidak percaya, saya kini berdiri di sini,” ulas Emma Thomas ketika menerima trofi Filem Terbaik itu.

Walaupun masa tayangan selama tiga jam, bahagian panjang dirakam dalam warna hitam putih, dan skrip padat dengan dialog tentang fizik nuclear, Oppenheimer berjaya meraih kutipan pecah panggung lebih daripada $950 juta di seluruh di dunia. 

Sementara itu, Emma Stone berjaya menjulang piala Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Poor Things. Pelakon berusia 35 tahun itu mengetepikan Annette Bening (Nyad) Lily Gladstone (Killers of the Flower Moon), Sandra Huller (Anatomy of a Fall) dan Carey Mulligan (Maestro).

Manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi oleh Da'Vine Joy Randolph menerusi filem The Holdovers. - Getaran, 10 Mac 2024

Foto : The Hollywood Reporter

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN