web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 1:01PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. gambar Nazir Sufari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus berkuat kuasa 1 Disember ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan itu ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Katanya, kadar itu adalah yang tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara selepas tiada kenaikan dibuat dalam tempoh 12 tahun.

Anwar berkata, kenaikan itu akan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 bilion.

"Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus. Kenaikan terbaik dalam sejarah oleh Kerajaan MADANI," katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

"Pada masa ini jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.

"Saya setuju jumlah yang diterima sebelum ini tidak munasabah. Oleh itu tahun ini penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kita gunakan kriteria dan ukuran baharu iaitu pendapatan menyeluruh termasuk gaji dan elaun tetap mesti lebih daripada RM2,000.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

"Saya setuju jumlah yang diterima sebelum ini tidak munasabah. Oleh itu, tahun ini penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kita gunakan kriteria dan ukuran baharu iaitu pendapatan menyeluruh termasuk gaji dan elaun tetap mesti lebih daripada RM2,000.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

"RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam seperti diumumkannya hari ini.

Anwar berkata, ada pihak swasta yang mencatatkan keuntungan berganda hasil daripada produktiviti dan pengorbanan pekerja mereka.

"Ini sebagai langkah permulaan, pihak swasta (diharap dapat) meningkatkan gaji pekerja mereka.

"Ada syarikat besar yang mencatat keuntungan berganda daripada produktiviti (pekerja). 

"Apa salahnya kalau syarikat untung berjuta bagilah sedikit kepada pekerja," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, SSPA yang akan diumumkan nanti adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan.

Katanya, dengan pengiktirafan kepada penjawat awam menerusi SSPA, kerajaan mengharapkan golongan terbabit dapat menonjolkan prestasi lebih baik dan komited terhadap tugas.

Beliau berkata, mana-mana penjawat awam yang malas dan memaparkan prestasi lemah, tidak harus diberikan kenaikan pangkat atau menerima pengiktirafan. - Getaran, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad