web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Iran Isytihar Berkabung, Mokhber Dilantik Presiden Sementara

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 9:38PM

Mohammad Mokhber - Gambar IRNA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam nahas helikopter di barat laut Iran.

Beliau juga telah meluluskan pelantikan Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara.

Dalam mesej pada Isnin yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi Iran, Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.

Helikopter yang membawa Raisi dan delegasi pengiringnya termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian, terhempas di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur pada Ahad, meragut nyawa semua yang berada di dalamnya.

Pemimpin tertinggi itu menyifatkan Raisi seorang ulama yang rajin dan presiden popular yang mengabdikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat Iran, negara dan Islam.

"Dalam tragedi pahit ini, negara Iran kehilangan seorang hamba yang penuh kasih sayang, rendah hati, dan dihargai," kata Ayatollah Khamenei, sambil menambah bahawa Raisi tidak pernah menghentikan kerja kerasnya dan sepanjang masa berkhidmat untuk rakyat Iran.

Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah kepada negara Iran dan turut menzahirkan rasa sedihnya atas kematian pegawai yang mengiringi Raisi dalam helikopter itu termasuk Amir Abdollahian.

Laporan IRNA juga menyatakan bahawa Ayatollah Khamenei meluluskan Mokhber untuk mengambil alih sebagai presiden sementara dan bekerjasama dengan ketua parlimen dan badan kehakiman Iran untuk menyediakan alasan untuk pemilihan presiden baharu dalam tempoh 50 hari akan datang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar