web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hati Tercarik Luka Kisah Isteri Yang Dikhianati Suami

Gandingan Serasi Syarul Ezani & Zarazya pasti mengheret emosi penonton untuk sama-sama menyelami perasaan seorang isteri yang bergelut menyelamatkan perkahwinannya

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:24AM

Poster Hati Tercarik Luka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati Tercarik Luka merupakan drama bersiri 15 episod terbitan Creative Skill Solution dan ia diinpirasikan daripada novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida. 

Diarahkan oleh Emi Suffian dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar, drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syarul Ezani, Zarazya, Ryun Ryry, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi dan ramai lagi.

Syarul Ezani dipilih menjadi teraju utama untuk drama ini bergandingan dengan Zarazya. Dia yang mula mencipta nama menerusi drama ‘Kami The Series’ dan ‘Kami The Movie’ kembali aktif pada tahun 2020 selepas lama menyepikan diri dari industri hiburan. 

Menurut Syarul, dia cukup teruja dengan projek terbaharu ini kerana menganggap watak yang digalasnya itu cukup mencabar memandangkan dia tidak punya pengalaman menjadi suami yang mempunyai anak. 

“Minat berlakon masih menebal dalam hati saya. Lebih mengujakan apabila saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan seni yang hebat seperti Zarazya, Jasmin Hamid, Fizo Omar, Ryun Ryry dan ramai lagi.

“Watak Dani Zairie sangat mencabar kerana perwatakannya jauh dari diri saya. Tambahan pula, nak jadi watak suami yang dah ada anak seorang bukanlah benda yang saya tahu. Jadi, saya perlu mencari keserasian dengan pelakon-pelakon lain untuk melakonkan watak tersebut dengan sebaiknya.

“Drama ini juga banyak babak yang mencabar emosi dan saya berharap hasil kerja kami bakal menerima sambutan yang baik daripada peminat drama Melayu,” ulas Syarul.

Sering diberikan kepercayaan untuk memegang watak berat yang mampu menyentuh jiwa penonton, Zarazya telah memberikan komitmen penuh dan lakonan mantap demi Eyda Amanda, seorang isteri yang telah dikhianati oleh suaminya.

“Hati Tercarik Luka sarat dengan mesej yang positif dan merupakan sebuah naskhah drama yang berat. Sebagai seorang pelakon, saya tidak pernah rasa puas berlakon dan sentiasa ingin menerokai watak-watak yang diberikan.

“Saya berharap lakonan saya dapat memberi impak yang positif dalam kehidupan masyarakat kita dan dapat memberi kesedaran kepada semua dalam menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik.

“Semoga watak Eyda dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita yang di luar sana agar tetap berjaya dalam menjalani kehidupan, biarpun melalui fasa-fasa kekecewaan dalam isu rumah tangga seperti yang Eyda alami,” ujar Zarazya pula.

Hati Tercarik Luka mengisahkan tentang rumah tangga pasangan Dani Zairie (Syarul Ezani) dan Eyda Amanda (Zarazya) yang hidup bahagia bersama seorang anak perempuan, Farra. Perkahwinan mereka adalah aturan Puan Safina (Jasmin Hamid), ibu kepada Dani. 

Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah. 

Namun, ibu Dani sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Dia menganggap Eyda mahu menjadi Queen Control, lalu memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan cucu perempuanya sudah pun berumur lima tahun.

Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria (Ryun Ryry). 

Rupa-rupanya dalam diam, Dani ada hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Maya yang masih berstatus isteri kepada Mazli (Halim Radzi). Maya menagih kasih daripada Dani kerana Mazli bekerja berjauhan dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya. Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani. 

Jangan ketinggalan untuk menonton Hati Tercarik Luka menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store bermula 21 Disember 2023. - Getaran, 23 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN