web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Marvel Mengeluarkan Sedutan Filem ‘Eternals’ Untuk Tatapan Umum

Sudahkah anda bersedia untuk menonton filem adiwira sains fiksyen terbaharu Marvel? Di sini kami kongsikan debarannya.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 2:30PM

Tangkapan layar sedutan filem 'Eternals'.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkini, Marvel Studios telah mengeluarkan sedutan filem terbaharu mereka, ‘Eternals’. Posternya yang memancarkan getaran sains fiksyen, membuatkan kami tidak sabar untuk menonton filem ini!

Fakta menarik mengenai filem ini, ia telah diarah oleh pemenang Anugerah Akademi, Chloé Zhao. Kepada yang tidak tahu, Chloé Zhao telah menempa nama di dunia filem dan dikenali sebagai salah satu pembuat filem Indie terbaik di dunia. 

Kemenangan Chloé sebagai Pengarah Terbaik telah menjadikannya wanita kedua dan orang asia pertama yang memenangi anugerah ini. Kini pengarah ini telah mengambil satu langkah ke hadapan dalam menghasilkan filem blockbuster pertamanya bersama Marvel Cinematic Universe. 

“Saya menghasilkan filem ini seperti mana saya menghasilkan ‘Nomadland’. Tiada beza dari segi rakaman, saya tetap rakam seperti cara yang saya mahukan. Saya sangat bertuah kerana Marvel ingin mengambil risiko dan melakukan sesuatu yang berbeza,” kata Chloe memberi penjelasan.

Jadi, siapa sebenarnya Marvel Eternals?

Mereka adalah kumpulan yang mempunyai kuasa istimewa dan bakal menyertai Marvel Comics Universe (MCU).

Marvel Studios telah mengumpulkan pelakon-pelakon luar biasa termasuk Angelina Jolie, Kit Harington and Kumail Nanjiani untuk membentuk kumpulan ini.

Sinopsis rasmi filem ini menggambarkan Eternals sebagai makhluk asing kuno yang telah hidup di muka bumi selama ribuan tahun secara rahsia. Makhluk asing ini sentiasa bekerjasama untuk melindungi manusia daripada diserang oleh musuh utama mereka, yang dikenali sebagai Deviants.

Untuk pengetahuan anda, jalan ceritanya berlaku setelah peristiwa “Avengers:Endgame”. Oleh itu, jika Eternals dikatakan sangat kuat, mengapa mereka tidak menghentikan usaha Thanos untuk menghapuskan separuh alam semesta? Bagi menjawab persoalan dan rasa ingin tahu itu, kita perlulah membeli tiket untuk menonton filem ini.

Filem ‘Eternals’ bakal dikeluarkan di pawagam pada 5 November 2021. – Getaran 25 Mei 2021

Sumber Gambar: Marvel Studios & Tangkapan layar sedutan filem, ‘Eternals’

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN