web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancangan TV Berkonsep Adiwira Dan Komedi Mendominasi Anugerah Filem & TV MTV 2021

Ketahui siapakah para selebriti serta pemenang anugerah 'MTV Movie & TV' tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 1:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 tidak lagi menjadi penghalang buat Anugerah filem & TV anjuran MTV  iaitu 'MTV Movie & TV Awards' untuk diadakan tahun ini. Walaupun acara ini telah dibatalkan tahun lepas, ia kini kembali buat kali ke-29 dan sekali lagi telah menggegarkan dunia hiburan. 

Anugerah yang telah dibahagikan kepada dua segmen iaitu Anugerah MTV Movie & TV 2021 dan Anugerah MTV Movie & TV: UNSCRIPTED ini telah berlangsung selama dua malam buat pertama kali dalam sejarah anugerah MTV.

Acara utama iaitu Anugerah Movie & TV MTV 2021 telah ditayangkan secara live dari Palladium di Los Angeles semalam. Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang telah memeriahkan kedua acara ini? 

Leslie Jones, pelakon dan pelawak rancangan realiti ‘Saturday Night Live’ menjadi pengacara bagi pertunjukan pertama dan memulakan acara epik ini bagi meraikan detik-detik terbesar dan terbaik dalam filem dan televisyen.

Manakala, Pelawak terkenal, Nikki Glaser juga turut hadir sebagai hos bagi acara seterusnya, Anugerah MTV Movie & TV: UNSCRIPTED.

Selain itu, selebriti terkemuka dalam dunia hiburan juga terlibat dalam sesi penyampaian Anugerah 'Golden Popcorn' untuk memeriahkan lagi suasana acara ini. Antaranya ialah, Anthony Mackie, Mandy Moore, Tom Hiddleston, Justin Hartley, Henry Golding, Taylour Paige, Addison Rae dan Jacob Elordi.

Ini adalah senarai pemenang bagi Anugerah MTV Filem & TV 2021 dan  Anugerah Filem & TV: UNSCRIPTED - 

Anugerah MTV Filem & TV 2021

Filem Terbaik: To All the Boys: Always and Forever

Rancangan TV Terbaik: WandaVision

Persembahan Terbaik dalam Filem: Chadwick Boseman - Ma Rainey’s Black Bottom

Persembahan Terbaik dalam Rancangan TV: Elizabeth Olsen - WandaVision

Adiwira Terbaik: Anthony Mackie - The Falcon and the Winter Soldier

Ciuman Terbaik: Chase Stokes & Madelyn Cline - Outer Banks

Persembahan Komedi Terbaik: Leslie Jones - Coming 2 America

Penjahat Terbaik: Kathryn Hahn - WandaVision

Duo Terbaik: The Falcon and the Winter Soldier - Falcon (Anthony Mackie) & Winter Soldier (Sebastian Stan)

Detik Muzikal Terbaik (Kategori Sosial): “Edge of Great” - Julie and the Phantoms

Perlawanan Terbaik: WandaVision - Wanda vs. Agatha

Persembahan Paling Menakutkan: Victoria Pedretti - The Haunting of Bly Manor

Persembahan Paling Berkesan: Regé-Jean Page - Bridgerton

Anugerah MTV Filem & TV: UNSCRIPTED

Rancangan Dokumentari-Realiti Terbaik: Jersey Shore: Family Vacation

Rancangan ‘Dating’ Terbaik: The Bachelorette

Pelakon-pelakon Realiti Terbaik: RuPaul’s Drag Race

Siri Pertandingan Terbaik: RuPaul’s Drag Race

Rancangan Gaya Hidup Terbaik: Nailed It!

Siri Tanpa Skrip Terbaik (Dibawa oleh SONIC® Drive-In): Selena + Chef

Rancangan Bual Bicara Terbaik: The Daily Show with Trevor Noah

Rancangan Komedi Terbaik: Impractical Jokers

Hos Terbaik: Ru Paul - RuPaul’s Drag Race

Siri Misteri atau Jenayah Kehidupan Sebenar Terbaik: Catfish: The TV Show

Artis Sosial Paling Berkesan (Breakthrough): Bretman Rock

Perlawanan Terbaik: Keeping Up With The Kardashians – Kourtney Kardashian vs. Kim Kardashian West

Siri Realiti Antarabangsa Terbaik: Love Island

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang anugerah tahun ini. Siapa tahu suatu saat nanti mungkin karya anak tempatan pula akan memenangi anugerah MTV?

Jika anda berminat untuk menonton tayangan secara atas talian ini, kami sarankan anda untuk melayari laman sesawang MTV atau menjenguk laman sosial di Instagram dan Twitter untuk maklumat lebih lanjut. - Getaran, 18 Mei 2021.

Semua gambar ihsan MTV

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN