web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 3:32PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Pemergian ramai rakan seperjuangan dalam industri hiburan sedikit demi sedikit mengubah cara pelakon Mahmud Ali Bashah melihat kehidupan.

Mahmud, 66, yang hampir empat dekad berkecimpung dalam dunia seni berkata beliau semakin kerap memikirkan soal kematian dan persediaan menuju akhirat.

"Bila umur meningkat, kita mula fikir tentang kematian. Ramai kawan-kawan dalam bidang sama sudah tiada, dari situ timbul kesedaran bahawa hidup ini sementara dan kita kena lebih fikir tentang akhirat," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pelakon kelahiran Sarawak itu berkata kehidupan sebagai anak seni pernah membuatkan dirinya leka mengejar kesibukan dunia dan populariti sehingga kurang memberi perhatian terhadap soal agama.

"Masa muda kita rasa kuat, kadang-kadang angkuh dan leka. Kita fikir soal dunia sahaja tetapi bila umur meningkat dan lihat apa berlaku di sekeliling, kita mula sedar dan cuba berubah mencari reda Allah," katanya.

Mahmud yang merupakan antara jemaah haji Malaysia musim 1447H/ 2026M ini berkata pengalaman berada di Tanah Suci memberikan satu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, selain menimbulkan rasa insaf dalam dirinya.

Beliau berkata kesedaran untuk menunaikan haji sebenarnya hadir sejak usia 20-an selepas melihat rakan-rakan mengerjakan umrah dan haji, namun beliau terpaksa menunggu lama kerana lewat membuat pendaftaran.

"Alhamdulillah, walaupun menunggu lama dan beberapa kali membuat rayuan, akhirnya Allah jemput juga saya menjadi tetamu-Nya," katanya.

Selepas 37 tahun aktif dalam dunia lakonan, pelakon yang pernah membintangi filem Anna and the King itu kini memilih untuk kembali menetap di kampung halamannya di Sarawak bagi menjalani kehidupan lebih tenang.

Bagaimanapun, Mahmud berkata beliau masih terbuka menerima tawaran lakonan yang membawa mesej positif dan memberi manfaat kepada masyarakat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN