Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaji Minimum Pelakon: Inilah Yang Buat Anak Seni Patah Semangat!

Masalah eksploitasi ini sudah lama berlaku namun sehingga hari ini, entah mengapa tiada sebarang tindakan dan usaha lebih agresif dilakukan pihak berkuasa.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:07PM

Gambar Hiasan Pexels

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada beberapa kes eksploitasi para pelakon di Malaysia, implementasi undang-undang khas gaji minima dan jam kerja anak seni kembali menyorot perhatian.

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel merasakan masalah eksploitasi ini sudah lama berlaku, namun sehingga hari ini entah mengapa tiada sebarang tindakan dan usaha yang lebih agresif dilakukan pihak berkuasa. 

“Isu ini sudah lama kita perkatakan, bahkan sejak saya mula bergiat dalam dunia hiburan ketika berusia 8 tahun lagi. Namun sehingga hari ini belum ada penyelesaian untuk masalah ini.

“Sedih melihat pelakon yang sudah berusia dan berkecimpung lama dalam bidang lakonan dibayar dengan harga yang jauh lebih murah. Sedangkan bakat dan kebolehan mereka patut dihargai. 

Gambar Instagram Naim Daniel
Gambar Instagram Naim Daniel

“Sebenarnya, situasi seperti inilah yang membuatkan anak seni patah semangat untuk berkarya. Macam mana pula kita nak perbaiki ekosistem industri kita kalau soal bayaran masih tak boleh dibetulkan?” tanya penyanyi lagu ‘Sumpah’ ini ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Naim juga turut mempersoalkan peranan beberapa persatuan yang dilihat culas dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pemain industri.

“Saya berdaftar dengan Seniman (Persatuan Seniman Malaysia). Namun maaf saya katakan, macam tiada apa Seniman lakukan untuk saya, sekadar beri kebenaran rasmi supaya saya boleh bekerja di dalam set. Setakat ini macam pahat dengan penukul, kena ketuk baru gerak.

“Kalau boleh, saya nak tahu ketelusan dan proaktifnya badan yang dikatakan berkuasa dalam melunaskan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan seni. Saya tak lihat apa-apa kebaikan mereka, atau mungkin saya yang tak nampak. Rata-rata asyik cakap perkara yang sama dan masing-masing hanya mahu selamatkan periuk nasi mereka saja,” katanya tegas.

Turut sepakat dengan Naim ialah pelakon Zalif Sidek yang merasakan sudah masanya persatuan dan badan bukan kerajaan yang sepatutnya memperjuangkan nasib anak seni ini bergabung supaya masalah eksploitasi ini dapat menemui jalan penyelesaiannya.

“Perancangan untuk mengatasi masalah ini sebenarnya pernah saya utarakan sebelum ini. Kita  sebenarnya memerlukan penyatuan badan berkuasa, tak kiralah FINAS, Seniman, PROFIMA (Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) dalam membincangkan  isu ini. Kalau syok sendiri pun tak boleh juga. Kena ada muafakat,” kata Zalif. 

Jika undang-undang khas ini diperjuangkan, ia sekali gus akan merubah budaya kerja warga industri untuk lebih proaktif dalam aspek jam kerja seperti yang dilakukan rumah produksi dari negara jiran.

Gambar Instagram Zalif Sidek
Gambar Instagram Zalif Sidek

“Semasa saya berlakon untuk sebuah iklan di Thailand, call time untuk saya adalah pada jam 6. Bila saya sampai sahaja, mereka sudah set up semua kamera dan peralatan. 

“Namun di Malaysia ‘warnanya’ berbeza. Bila sampai sahaja, waktu itulah mereka baru nak buka meja, set up peralatan. Ada pula yang sangkut di dalam trafik membuatkan kita harus menganjak jam shooting,” dedahnya. 

Beberapa anak seni lain sudah pernah meluahkan buah fikiran mereka tentang perkara ini. Sayang sekali, mereka kemudian berdepan dengan tindakan digam oleh saluran stesen tertentu kerana lantang bersuara. 

Jadi, sekiranya undang-undang ini berjaya diperjuangkan, anak seni tidak perlu khuatir lagi diboikot oleh mana-mana pihak kerana memperjuangkan hak kebajikan mereka.

“Kalau tengok pelakon yang menyuarakan isu ini di media sosial, mereka akan berhadapan dengan situasi digam stesen saluran. Jadi kita susah nak bincangkan perkara ini kerana kita kena ikut sahaja rentak orang atasan,” dedahnya yang sudah berkecimpung 11 tahun dalam industri seni tanah air.

Terdahulu, Getaran pernah menulis tentang satu laporan beberapa artis yang meminta agar undang-undang khas untuk pemain industri diperjuangkan sebagai melindungi kebajikan anak seni daripada dieksploitasi rumah produksi.

Beberapa negara sudah mempunyai undang-undang khas gaji minima dan had jam kerja para pelakon untuk memastikan bakat yang ditawarkan mereka diberikan bayaran sesuai dengan kebolehan mereka. - Getaran, 3 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran