web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 8:00PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika menghadiri Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja dalam sektor perfileman termasuk 'freelancer' akan diwujudkan untuk memastikan mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial termasuk pencen ilat, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan penggiat industri perfileman yang kebanyakannya berdepan kesukaran keselamatan sosial, termasuk isu pencen mempunyai perlindungan mencukupi.

Justeru, Fahmi berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diminta mengadakan perbincangan mendalam dengan PERKESO bagi membolehkan skim berkenaan dilaksanakan dengan kadar segera.

"Bagi pelakon dan kru, tangan mereka, kaki mereka dan tubuh badan adalah ‘peralatan’ mereka untuk bekerja. Kalau ada berlaku apa-apa maka kesannya adalah seumur hidup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini hari ini, bagi meraikan syarikat produksi dan penggiat industri yang telah melakar kecemerlangan buat industri filem negara di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Fahmi dalam pada itu juga meminta FINAS mengutamakan empat aspek iaitu penulisan skrip, proses pitching, pemasaran dan pengedaran untuk memastikan filem tempatan berkualiti serta memajukan sektor perfileman negara.

Menurutnya, FINAS  telah menggariskan beberapa fokus bagi mengubah semula industri filem antaranya meningkatkan daya saing ekonomi melalui skop pelaburan, pembiayaan dan kebolehpasaran melalui model ekosistem baharu, serta memperkasakan profesionalisme modal insan melalui skop pekerjaan, pendapatan dan kebajikan. 

Fahmi berkata ketika ini, pindaan Akta FINAS 244 dan Dasar Perfileman Negara (DFN) sedang dikemaskini serta diperkasakan dengan misi menjadikan industri perfileman negara yang berdaya saing dan bertaraf global.

Fahmi berkata, rombakan Kabinet pada 12 Disember lalu menunjukkan keyakinan kerajaan terhadap potensi industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara yang menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.

Beliau berkata, penghasilan filem tempatan dengan kandungan bercirikan kepelbagaian budaya, etnik serta pelancongan filem juga berpotensi menjana pelaburan dalam negara.

"Impak mempromosikan Malaysia melalui medium filem dengan mengambil kira penganjuran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 bakal menarik 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion," katanya.

Dalam aspek perdagangan luar, Fahmi berkata, misi kerjasama produksi antarabangsa (Co-Pro Treaty) antara Malaysia dan China perlu dimeterai sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 2024 dan ia adalah platform strategik bagi menembusi pasaran filem China yang bernilai RM27 bilion.

Fahmi dalam pada itu berkata, kutipan ‘box-office filem’ tempatan tahun ini adalah sebanyak RM98.8 juta untuk tayangan 56 buah filem.

Kutipan itu antara disumbangkan oleh filem Coast Guard arahan Allahyarham Pitt Haniff, Imaginur arahan Nik Amir Mustapha, filem animasi Didi and Friends arahan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin, Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof, Rahsia arahan Shamyl Othman dan Malbat: Misi Bakara arahan Adrian Teh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad