Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelakon Ditindas Produksi, Industri Seni Mungkin Perlu Undang-Undang Gaji Minimum

Sebuah kesatuan yang memperjuangkan undang-undang khas gaji minimum serta had waktu kerja para pelakon diperlukan bagi melindungi mereka menjadi mangsa eksploitasi.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kira-kira bulan lalu timbul cerita pelakon muda sebuah drama stesen televisyen terkenal mengakui tidak menerima bayaran penuh seperti yang dijanjikan sebuah rumah produksi. 

Ini bukan kali pertama cerita seperti ini diperkatakan, bahkan pelakon prolifik yang sudah berbelas tahun dalam industri juga pernah mengeluh bayaran yang diterima sangat tidak setimpal dek kerana  kontrak yang samar-samar.

Sudahlah bayaran sedikit, ada juga artis yang diminta menyediakan pakaian sendiri sepanjang penggambaran berhari-hari. Itu belum lagi rumah produksi yang sunyi selepas penggambaran, masing-masing berdiam diri bila ditagih bayaran dalam tempoh yang dimeterai dalam kontrak. 

Sudah masanya sebuah pembaharuan budaya kerja dalam industri seni dibawa ke tengah untuk dibisingkan, dibincang dan diperdebat. Bagi mengakhiri penindasan para pelakon yang tidak sudah-sudah ini, kita memerlukan sebuah kesatuan yang tidak sekadar wujud tetapi benar-benar bekerja memperjuangkan undang-undang khas gaji minimum serta had waktu kerja para pelakon.

Elak anak seni dieksploitasi

Di Amerika misalnya, seramai 160,000 penggiat seni dan media tempatan termasuklah mereka yang bekerja dalam filem, digital motion picture, program televisyen, komersial, permainan video, radio, televisyen dan label para artis dilindungi kesatuan yang diberi nama The Screen Actors Guild (SAG).

Ada undang-undang dan syarat ketat yang dilaksanakan mereka bagi memastikan warga industri seni mereka tidak dieksploitasi sebarang perjanjian atau kontrak berat sebelah terutamanya oleh francais filem gergasi. 

Bahkan ada persetujuan rasmi antara SAG -AFTRA (American Federation of Television and Radio Artists) bagi menyelaraskan gaji minima serta jam kerja penggiat seni. Misalnya seorang pelakon drama bersiri 13 episod untuk tayangan satu hingga setengah jam mesti mendapatkan USD 3,488 (RM15,338.48) seminggu. Manakala jika bajet sesebuah filem ialah $2.5 juta atau lebih, pelakon mesti dibayar sekurang-kurangnya USD 1,005 (RM 4,419.49) setiap hari.

Bagi penyanyi pula, sekiranya mereka tampil melakukan persembahan di stesen televisyen secara solo dan duo, layak mendapatkan USD 1,010 (RM4,432.89) setiap hari. Namun jika berkumpulan iaitu tiga hingga lapan orang, mereka berhak meraih bayaran sebanyak   USD 886 (RM3,888.65) sehari.

Bukan itu sahaja, mereka juga sangat teliti jika ada sesebuah produksi yang menggunakan bakat kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mereka  diberikan  perlindungan Fair Labour Standards Act (FLSA) yang menghadkan jam kerja iaitu tidak boleh melebihi 40 jam seminggu. Di samping mendapatkan gaji minimum  $7.25 (RM31.82) setiap satu jam.

Sudah masanya buka mata

Bercerita pengalamannya yang pernah bekerja dengan produksi luar negara, selebriti Alvin Chong berkongsi budaya kerja Singapura hanya menghadkan waktu kerja para pelakon kepada 12 jam sahaja sehari. 

“Mereka hanya bekerja selama 12 jam. Jika lebih, mereka akan bayar OT (over time). Oleh itu mereka sangat tersusun dan cepat,”katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga pernah berhadapan dengan masalah kontrak dan bayaran yang berat sebelah. 

“Pernah dulu saya hadapi situasi di mana di dalam kontrak mengatakan saya hanyalah pelakon pembantu. Tapi bila cerita itu keluar, saya rupanya pelakon utama. 

“Tapi bayaran tetap sebagai pelakon pembantu. Jadi, saya rasa undang-undang khas ini adalah yang terbaik untuk semua orang. Semuanya tidak mustahil asalkan kita semua bersatu,”katanya. 

Turut bersetuju dengan Alvin ialah pelakon Sharifah Amani yang berpendapat kebajikan anak seni sepatutnya tidak hanya diperjuangkan bermusim atau sekadar di tingkat perancangan tanpa sebarang tindakan.

“Industri ini adalah tempat yang mudah untuk orang berikan perhatian. Jadi kalau ada sesiapa yang konon-konon nak tolong, ia mudah untuk dilihat. Tapi nampaknya tiada satu pun perkara yang selesai.

“Di luar negara memang wujud undang-undang sebegini. Bahkan kalau produksi lambat, label boleh tarik artis mereka bila-bila masa sahaja. Semuanya bergerak berdasarkan undang-undang walaupun mereka hanyalah pelakon tambahan. 

“Saya tak faham kenapa tiada sesiapa pun yang melakukannya di sini sedangkan ia sudah pun dibicarakan sejak zaman mama saya. 

“Benda ini penting supaya generasi selepas ini tidak lagi rasa terbeban. Hal ini mungkin tidak dapat kita laksanakan dalam masa terdekat ini tapi setidaknya kita boleh cuba,”jelasnya.

Sekiranya budaya kerja baharu industri seni ini diberi perhatian, wanita yang mesra disapa Nani itu yakin bahawa lebih ramai bakat-bakat anak muda negara akan dapat diketengahkan kerana mereka rasa lebih dihargai.

“Kita ada ramai anak muda yang berbakat besar hasil dari kelas filem, ASWARA dan MMU. Namun mereka rasa tidak nampak masa depan dan tidak dihargai Malaysia. 

“Mana tidaknya, perkara yang patut kita beri perhatian, kita tak pandang. Sebaliknya hal-hal yang tidak sepatutnya diambil kisah, itulah yang kita sibuk bincang,”katanya lagi.

Kedengaran sulit dan aneh untuk memiliki sebuah undang-undang baru. Dengan purata gaji pelakon di Malaysia RM54  sejam seperti yang dicatatkan Institut Kajian Ekonomi (ERI), undang-undang ini tidaklah meminta agar bayaran yang diperoleh bakal sebesar bayaran anak seni di Amerika. 

Namun memadailah jika undang-undang itu menyelamatkan anak seni selama beberapa generasi daripada berdepan dengan masalah eksploitasi yang sama. Sudah masanya kita memandangkan serius dan keluar daripada kitaran yang menyedihkan ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi? - Getaran, 22 Mei 2022.

Sumber foto: Unsplash, gambar fail

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi