Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 1:20PM

Mohamad Redzwan Ramlee (dua dari kanan) bersama kakitangan Kedah Agro sewaktu hadir ke Pejabat JKTSM Kedah hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Ini bukan isu politik atau fitnah untuk menjatuhkan sesiapa, masalah tunggakan gaji kami memang benar berlaku,". 

Itu penegasan kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad berhubung isu tunggakan gaji 24 pegawai dan kakitangan syarikat tersebut yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. 

Wakil kakitangan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) itu, Mohamad Redzwan Ramlee berkata, kesemua mereka langsung tiada niat untuk bermain politik sebaliknya hanya mahu menuntut hak masing-masing. 

"Secara keseluruhannya gaji kami tertunggak antara enam hingga sembilan bulan. Ini bukan isu 'main-main' sampaikan ada dalam kalangan kakitangan yang hampir bercerai. 

"Dalam keadaan kita sedang berpuasa dan hampir menyambut Aidilfitri, ditambah dengan anak-anak baru masuk sekolah...Sudah tentu kami amat memerlukan wang untuk kelangsungan hidup. 

"Ramai kata benda ini taburan fitnah untuk menjatuhkan Menteri Besar tetapi dakwaan itu tak betul. Ini perkara nyata dan kami pun tak mahu perkara ini dijadikan isu politik kerana masing-masing hanya mahukan gaji yang menjadi hak kami," katanya.

Beliau ditemui pemberita sewaktu hadir bersama beberapa kakitangan lain ke Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) Kedah di Wisma Persekutuan Anak Bukit dekat sini, hari ini.  

Tambahnya, langkah untuk hadir ke JKTSM hari ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk menuntut hak itu. 

"Kami pernah ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon untuk menghantar petisyen selain bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu dan pihak MBI sendiri. Ada juga rakan-rakan bertemu dengan Setiausaha Politik Menteri Besar tetapi hingga kini tiada kata putus bila gaji kami akan dibayar. 

"Khabarnya Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat kelmarin dan selepas itu, kami menerima mesej menyatakan gaji akan dibayar sebelum Aidilfitri. Tetapi tiada pemakluman rasmi melalui surat atau tarikh sebenar bila pembayaran itu akan dibuat," katanya. 

Demi kelangsungan hidup jelas Mohd Redzwan, ada antara kakitangan tersebut yang terpaksa membuat kerja-kerja sambilan, termasuk bekerja di kedai makan selain bergantung kepada pendapatan isteri. 

"Dalam keadaan sekarang, kami cukup struggle mencari duit. Seperti dinyatakan tadi, kami pun tak mahu bermain politik dan inilah kali pertama kami bertemu media walaupun gaji tertunggak lama. 

"Lagi pun isu ini telah tular. Kalau boleh, kami minta Menteri Besar beri jawapan terhadap masalah yang kami hadapi," katanya. 

Sebelum ini tular surat dalam media sosial yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah berkait aduan isu bayaran gaji serta pengoperasian Kedah Agro Holdings.

Berdasarkan surat itu, Biro Pengaduan Awam Kedah dikatakan menerima maklum balas daripada Kedah Agro Holdings berhubung aduan yang dibuat ke atasnya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dalam reaksinya terhadap isu berkenaan kemudiannya mendakwa, JKTSM sudah memberi notis kepada Kedah Agro untuk segera menyelesaikan isu tunggakan gaji tersebut sejak Januari lalu dengan majikan terbabit sudah berjanji akan memohon bantuan kerajaan negeri. - Getaran 19 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Keputusan Kajian Skim Saraan Penjawat Awam Turut Terpakai Kepada Ahli Politik - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

'Saya Takkan Ambil Gaji Selagi Ekonomi Negara Belum Pulih' - PM

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad