web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 9:27AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu peletakan jawatan beberapa pegawai kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan usaha kerajaan dalam melindungi Undang-undang Enakmen Syariah Negeri-Negeri antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu peletakan jawatan pegawai kanan LTAT akan dibangkitkan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khlir ingin mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang diambil susulan peletakan jawatan pegawai-pegawai berkenaan.

Dalam sesi itu, Rodziah Ismail (PH-Ampang) juga akan membangkitkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengenai status peruntukan RM50 juta bagi pembinaan pangsapuri kos rendah untuk menempatkan penduduk Flat Taman Sri Berembang Port Klang, yang diisytiharkan tidak selamat diduduki.

Pada sesi soal jawab lisan pula, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dijadual meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan usaha yang diambil dalam melindungi keabsahan Undang-undang Enakmen Syariah Negeri-Negeri, terutamanya daripada serangan terancang litigasi strategik.

Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) pula akan bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengenai keberkesanan inisiatif yang diambil Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Manakala, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) turut meminta Perdana Menteri menyatakan usaha yang diambil bagi mengatasi masalah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa dan bantuan serta pembelaan yang diberikan kepada mangsa penipuan.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) pula dijadualkan untuk bertanya kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai perincian dan implikasi pemberian konsesi tambahan baharu bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit selama 30 tahun.

Usai sesi soal jawab, Azli Yusof (PH-Shah Alam) akan mengemukakan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja yang kemudiannya akan menyaksikan Ahli-ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Diraja yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 19 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Manakala, pembentangan serta pembahasan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan yang lain akan diadakan pada 18 hinga 27 Мас. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad