web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Justice League Edisi Zack Snyder, Puas Hati, Namun...

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran berkongsi ulasannya tentang filem yang telah lama digembar-gemburkan ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja diuar-uarkan di pelbagai saluran media, ramai pencinta filem, khususnya pengikut setia siri komik DC sebenarnya mula mencari maklumat tentang karya yang dinanti-nantikan ini.

Buat pengetahuan penonton umum yang bukan peminat tegar, filem Justice League asal yang telah ditayangkan pada tahun 2017 awalnya diarahkan oleh sutradara tersohor Hollywood Zack Snyder. 

Walau bagaimanapun di separuh jalan penggambaran, Snyder mengambil keputusan untuk meninggalkan projek tersebut, berikutan kematian anak perempuannya. Lantas filem itu tidak dihabiskan sepenuhnya oleh beliau dan seorang lagi pengarah bernama Joss Whedon telah dipilih untuk menyelesaikan kerja perfileman.

Namun ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan hasil akhir versi Whedon, yang dianggap gagal di pawagam seluruh dunia dan menyeru pihak penerbitan supaya mengeluarkan versi Snyder yang dikatakan lebih berkualiti.

Atas desakan banyak pihak yang berpengaruh, termasuk penonton serta pengikut setia filem Hollywood, versi Zack Snyder yang digelar Snyder’s Cut ini akhirnya menemui penonton melalui platform HBO GO pada 18 Mac lalu.

Jelas berbeza dengan versi tahun 2017, versi Snyder memakan waktu yang lebih lama (hampir empat jam) dan ia telah menerima pelbagai ulasan berbeza. 

Penulis secara peribadi mempunyai pandangan tersendiri tentang versi ini.

Sebagai salah satu daripada jutaan peminat filem bertemakan dunia adiwira komik-komik Amerika, versi Snyder ini pada pendapat penulis memberi kesempatan untuk menjelaskan alur cerita dengan lebih jelas.

Berkat waktu siaran yang lebih panjang, Snyder berpeluang menceritakan hampir setiap kisah belakang di balik ajnas peristiwa seluruh filem. Sebagai contoh, asal-usul watak-watak utamanya seperti Cyborg, The Flash dan Aquaman dapat diceritakan dengan lebih terperinci berbanding dalam versi 2017.

Lagi menarik, versi Snyder juga menampilkan lebih banyak watak yang dikenali dari francais komik DC seperti penjahat utama Darkseid yang sama sekali tidak ditonjolkan dalam versi Whedon dahulu. Ini diserikan juga dengan satu lagi watak adiwira terbaharu Justice League, Martian Manhunter yang membuat kemunculan di beberapa babak penting.     

Dan yang pasti, ia lebih padat dengan babak-babak aksi melibatkan penggunaan kesan visual yang menarik. Sesuai dengan konsep adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa (seperti kebanyakan filem-filem sains fiksyen), permainan kesan visual amat penting dan memainkan peranan yang tinggi dalam cerita sebegini.

Untuk itu ada kepuasan melihat setiap watak menggunakan kuasa mereka secara optimum demi menyelamatkan dunia sambil bertarung dengan para penjahat. Penulis juga merasakan, versi ini memberikan peluang kepada semua watak utama untuk menyerlah dalam peranan masing-masing.

Sungguhpun begitu, peranan watak Cyborg dalam filem ini jauh lebih menonjol dan seolah-olah menjadi watak utama atau ‘kunci penting’ kepada premis filem. Ini kerana, wataknya diberi peluang untuk menjelaskan banyak perkara misteri selain menunjukkan kemampuan kuasa luar biasanya yang lebih luas berbanding apa yang dipaparkan dalam versi 2017.

Satu lagi yang agak ketara adalah terdapat sedikit persamaan dengan filem Avengers : Endgame di mana watak-watak baik bersatu secara massa demi menentang kuasa jahat utama yang bercita-cita untuk menakluk alam semesta. 

Penulis yakin ramai yang akan membandingkan aspek ini, sungguhpun sebenarnya hampir semua filem dengan konsep sedemikian tidak dapat lari daripada penulisan layar seperti itu.

Kesimpulan mudahnya adalah versi ini menghiburkan dan pasti lebih disukai oleh mereka yang benar-benar mencintai siri komik DC. Walau bagaimanapun, unsur komedi dalam versi Snyder ini tidak semeriah di dalam versi asal. Namun itu sama sekali tidak mencacatkan jalan cerita.

Barangkali jangka masanya yang agak lama adalah satu-satunya kelemahan versi ini kerana hidangan visual yang disajikan benar-benar berjaya menghasilkan keluaran akhir yang diharapkan ramai penonton.

Zack Snyder’s Justice League sudah mula ditayangkan di platform HBO Go sejak 18 Mac 2021 – Getaran, 23 Mac 2021.  

Semua gambar: Ihsan HBO dan Warner

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...