Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Perlu Ada 'Justice League Snyder Cut'

Jika anda termangu-mangu kenapa laman-laman sosial anda penuh dengan berita tentang filem yang satu ini, kami kongsikan sebabnya dengan anda.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 4:50PM

Gambar: Akaun Twitter Zack Snyder's Justice League

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khabarnya ramai peminat komik DC dan francais filem Batman/Superman ‘berdarah hidung’ pagi tadi. Mana tidaknya, trailer rasmi untuk Justice League Snyder Cut baru dikeluarkan lewat malam tadi (waktu Malaysia).

Di internet semakin banyak video reaksi mengisi laman-laman sosial serta semakin banyak juga teori-teori dikongsikan, tapi kami di sini mahu memberi sedikit latar belakang tentang filem Justice League yang ‘baharu’ ini. 

Kenapa ‘baharu’? Jika anda masih ingat, filem Justice League sudah pun ditayangkan pada tahun 2017. Filem ini dibintangi oleh Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, Ray Fisher, dan  Jeremy Irons. Tetapi versi ini mendapat kecaman hebat daripada para peminat filem-filem adaptasi komik DC yang menyifatkannya caca-marba.

Filem Justice League awalnya sepatutnya diarahkan oleh Zack Snyder bersama skrip yang ditulis oleh Chris Terrio. Penggambaran awal telah dijalankan pada April hingga Oktober 2016. Tetapi Zack Snyder berhenti mengarahkan filem tersebut selepas kematian anak perempuannya. Joss Whedon yang sebelum ini mengarahkan filem-filem Avengers dibawa masuk untuk menghabiskan kerja-kerja penggambaran dan pasca produksi. 

Sebelum ini, Zack Snyder telah membina dunia filem-filem adaptasi komik DC dengan mood dan feel gelap dan suram, sedangkan Whedon dan filem-filem Avengers serta adaptasi Marvelnya tampak lebih ringan dan mempunyai sentuhan komedi. Sudah tentulah hasil terakhir filem Justice League pada waktu itu menjadi bercelaru. Tidak cukup dengan itu, terjadi kes di mana Whedon dikatakan menganiaya para pelakon dan kru produksi filem. 

Selepas ditayangkan, para peminat bukan sahaja mengecam jalan cerita malah kualiti grafik dan efek khas dalam filem Justice League pada waktu itu. Akhirnya, filem ini cuma berjaya mengutip AS$$657.9 juta daripada tayangan seluruh dunia. 

Para peminat seluruh dunia tidak membuang masa untuk memulakan kempen #ReleasetheSnyderCut untuk meminta Justice League edisi Snyder sepenuhnya ditayangkan. 

Kempen yang panjang itu membuahkan hasil apabila Mei tahun lalu Snyder menggemparkan internet dengan pengumuman kewujudan filem Justice League Snyder Cut dan ia akan ditayangkan pada tahun 2021 di HBO Max. Durasi filem edisi ini adalah empat jam. 

Ada segelintir peminat yang masih merasakan ia sebuah gimik murahan atau prank. Tetapi nampaknya tanggapan itu boleh dibuang ketepi dengan tertayangnya trailer rasmi pertama Snyder Cut malam tadi. Salah satu bonus besar daripada trailer ini ialah penampilan Jared Leto sebagai Joker yang nampaknya lebih mirip kepada Joker lakonan Heath Ledger dan bukan Joker daripada filem Suicide Squad.

Namun yang pedihnya untuk para peminat Malaysia, HBO Max masih belum boleh didapati di sini. Dan nasib pawagam tempatan belum diketahui lagi. Justice League Snyder Cut akan ditayangkan pada 18 Mac 2021. Semoga kita di sini dapat menontonnya juga! - Getaran, 15 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 4 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran