web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Filem Terbaik Indonesia Kini Di Astro Shaw

'Ben & Jody', 'Keluarga Cemara 2', 'Jagat Arwah' dan 'Mencuri Raden Saleh' temui penonton Malaysia tidak lama lagi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 2:45PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melalui kerjasama peneraju filem Malaysia, Astro Shaw bersama penerbit terkemuka Indonesia, Visinema Pictures, beberapa filem terbaik Indonesia bakal ditayangkan bulan hadapan.

Keputusan tersebut diambil berikutan kejayaan tayangan filem genre drama kekeluargaan nombor satu paling laris di Indonesia, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ pada 2020 yang menerima liputan meluas penonton dan media di Malaysia.

“Saya berasa sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw, salah satu penerbit terbesar dan terbaik di Malaysia. Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu usaha kami untuk memperkenalkan filem-filem yang dihasilkan oleh Visinema serta Indonesia kepada penonton antarabangsa,” kata Angga Dwimas Sasongko, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Visinema Pictures.

Angga Dwimas Sasongko
Angga Dwimas Sasongko

Sehubungan itu, empat filem Indonesia bakal dibawa masuk iaitu  Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh.

Ben & Jody adalah filem sekuel ketiga daripada francais ‘Filosofi Kopi’. Ia mengisahkan tentang dua sahabat baik terperangkap dalam tahanan pembalakan haram. Mereka cuba melepaskan diri dan dalam masa yang sama ketulusan persahabatan mereka diuji.

Naskhah ini mengekalkan teraju utama Chicco Jerikho dan Rio Dewanto di samping barisan pelakon terkenal di peringkat antarabangsa Yayan Ruhian, Luna Maya, Rio Dewanto dan Chicco Jerikho.

Keluarga Cemara 2 pula adalah skuel kepada Keluarga Cemara. Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti Nirina Zubir, Ringgo Agus Rahman, Adhisty Zara, Widuri Puteri, Asri Welas dan Abdurrahman Arif.

Kali ini kisahnya memaparkan keluarga Cemara melalui liku-liku cabaran kehidupan selepas wabak pandemik.

Sementara itu, Jagat Arwah adalah sebuah karya seram, pengembaraan fantasi yang mengangkat elemen hubungan bapa, anak, persahabatan serta aksi. Raga ingin berhijrah bagi mengejar impian menjadi pemuzik bersama rakan-rakannya.

Tetapi ayahnya, Sukmo meninggal dunia dalam keadaan tragis. Kemudian, Raga mendapat tahu keluarganya adalah berketurunan legenda dan penjaga kepada Batu Jagat, batu yang mempunyai kuasa dan akan mengundang bahaya jika jatuh ke tangan pihak yang salah. 

Mencuri Raden Saleh mengisahkan 6 pelajar kolej yang mempunyai kepakaran berbeza, merancang untuk mencuri lukisan Raden Saleh atas arahan bekas presiden Indonesia, Permadi dengan ganjaran yang lumayan.

Namun, Permadi telah mengkhianati mereka dan mengakibatkan mereka diburu. Mereka merancang untuk mencuri semula lukisan tersebutdaripada orang yang sangat berpengaruh di Indonesia.

 

Kesemua filem ini bakal menemui penonton di saluran Astro Shaw bermula Mac ini. - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN