web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Lagu Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri kembali menjadi perhatian ramai selepas dinyanyikan semula oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 1:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Ernie Zakri tidak menyangka lagunya yang berjudul Masing Masing kembali meledak selepas dinyanyikan oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi baru-baru ini.

Lagu tersebut telah dinyanyikan secara 'cover version' oleh Bella dan Adira sewaktu kisah rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz sedang mendapat perhatian ramai.

"Sejak lagu Masing Masing dinyanyikan oleh mereka berdua, lagu itu seolah-oleh telah menjadi 'anthem' kekuatan bagi wanita-wanita diluar sana. 

"Saya sifatkan hal ini sebagai tuah jugalah untuk saya. Ibarat rezeki terpijak. Lagu ini juga memang ditujukan untuk wanita-wanita yang kuat di luar sana. 

"Saya beritahu pada komposer lagu ini iaitu Ade Govinda, saya tidak mahu lagu ini berkisarkan tentangkan patah hati semata-mata. Saya mahu lagu ini menjadi kekuatan buat wanita-wanita yang disakiti apabila mereka menyanyi lagu ini mereka rasa kuat.

"Niat saya itu termakbul dengan adanya versi cover daripada Bella dan Adira," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjurannya bersama Syamel. 

Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, disebabkan lagu Masing Masing tiba-tiba menjadi siulan ramai semula, dia terpaksa menangguhkan rancangan untuk promosi lagu baharu. 

"Sebenarnya kita sudah mahu hentikan promosi untuk lagu Masing Masing dan teruskan dengan lagu seterusnya, tetapi bila lagu ini sekali lagi menjadi perhatian ramai, kita biar dulu," kongsinya. 

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Ernie memberitahu bahawa tidak lama lagi dia akan mengumumkan sesuatu yang besar buat para peminatnya. 

"Buat masa sekarang saya tidak boleh beritahu lagi kerana masih dalam perancangan. Inshallah sedikit sahaja lagi saya lagi saya akan beritahu semua," ujarnya. - Getaran, 5 Mei 2024

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

TARA 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang