web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Album pertama di bawah naungan Universal Music Malaysia itu menampilkan 10 lagu karya dan nukilan penulis, penerbit tersohor

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 6:25PM

gambar Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengumumkan perpindahan ke syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Malaysia tidak lama dahulu, akhirnya ni penyanyi Ernie Zakri muncul dengan album terbaharu berjudul Aura.

Album solo pertama bersama Universal Music Malaysia itu membawa pesan mengenai peneguhan diri dan sikap positif.  Lebih menarik, ia diolah oleh Ernie sendiri bagi memberi keyakinan kepada mereka yang sedang berduka ketika berdepan dengan kehidupan harian.

Ia turut mengajak pendengar untuk menghayati aura yang ada dalam diri mereka, sambil mengingatkan bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah takdir, selain bertujuan memberikan kesedaran untuk menerima segala kekurangan tanpa rasa takut.

Pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini, Ernie memaklumkan beliau meminta penulis lirik dan pencipta lagu untuk menghasilkan lagu serta lirik seperti yang dihajatinya.

“Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

“Jadi saya harap pendengar dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan menerusi album ini.  Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan,” ulas Ernie.

Menurut isteri kepada Syamel itu lagi, album Aura sangat istimewa kerana ia menceritakan mengenai sumber kekuatan seseorang.

“Semua lagu dalam album ini berkisar mengenai nasihat, motivasi dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan semangat.

“Sebagai pembuka cerita kepada album ini, lagu berjudul Masing-Masing diberi penghormatan menjadi single pertama untuk memperkenalkan Aura. Masing-Masing adalah sebuah lagu galau yang bertemakan putus cinta.

“Ia digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V, ia mempunyai jalan cerita tersendiri. 

"Saya dan Mas Ade sependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan sendiri.

“Tidak semua perpisahan melibatkan pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan bersama demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang suka dengan lagu galau sebegini,” tambah Ernie yang menjalani proses rakaman lagu berkenaan di Jogyakarta, Indonesia.

Berkongsi pengalaman menjalani proses rakaman di negara seberang itu, Ernie berkata,  beliau tidak terasa seperti bekerja, sebaliknya seolah-olah sedang bercuti kerana proses rakaman berjalan dengan lancar.

“Kami hanya mengambil masa sehari untuk rakaman. Buat video muzik pula kami hanya perlukan setengah hari untuk penggambaran.

“Video muzik yang menonjolkan konsep penuh kesenian itu menampilkan dua orang penari yang menyampaikan jalan cerita secara simbolik melalui setiap pergerakan yang ditampilkan dalam bentuk seni tari,” ulas Ernie.

Album Aura ini membabitkan ramai komposer dan penerbit hebat dan ia mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan memandangkan Ernie mahu menghasilkan sebuah album terbaik.

 Aura kini berada di semua platform digital, dan video muzik lagu ‘Masing-Masing’ juga sudah boleh ditonton di platform YouTube. - Getaran, 4 November 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

4

TARA 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang