web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

Ernie dilantik membawa Ayuwan ke era baharu dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam memperkasakan fesyen Muslimah tempatan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 2:09PM

Ernie Zakri menandatangi poster sebagai duta Ayuwan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang baru sahaja melancarkan album terbaharunya, Ernie Zakrie ini secara rasminya telah dilantik sebagai duta tudung dan skarf jenama tempatan, Ayuwan. 

Jenama yang dikenali dengan dedikasi yang menjunjung kualiti tanpa mengetepikan rekaan semasa ini melantik Ernie bagi membawa Ayuwan ke era baharu dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam memperkasakan fesyen Muslimah tempatan.

Pengumuman kolaborasi ini telah dibuat ketika pelancaran album baharu Ernie Zakri yang berjudul ‘Aura’. Pada majlis itu, penyanyi bersuara emas ini menandatangani sebuah plak khas  dihiasi gambar dirinya yang tampil menggayakan skarf menawan hasil rekaan kreatif Ayuwan.

Ernie Zakri bersama wakil Ayuwan, Nur Diyana Afiqah dan Mohd Azuan
Ernie Zakri bersama wakil Ayuwan, Nur Diyana Afiqah dan Mohd Azuan

Mengulas tentang pelantikannya itu, Erni menjelaskan dia sangat gembira dan teruja apabila diberi kepercayaan untuk sama-sama mempromosikan jenama tudung yang semakin mendapat tempat dalam kalangan muslimah itu. 

“Saya sangat gembira, dan dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya ketika menggayakan tudung. Saya juga bakal berkongsi beberapa siri video penggayaan yang saya gemari dengan peminat dari semasa ke semasa sepanjang tempoh kolaborasi ini. Jadi, tunggu akan tutorial saya,” ulas Ernie.

Sementara itu, pihak pengurusan Ayuwan pula melihat kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi jenama ini kerana mereka percaya ia mampu meraih perhatian yang lebih meluas pada masa akan datang.

“Kehadiran Ernie mewarnai lapangan seni hiburan tempatan, merangkumi intipati komitmen Ayuwan yanga mana menjulang keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi. Berkarisma lagi bersopan santun menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah Ayuwan.

“Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri selari dengan barisan produk Ayuwan. Ayuwan teruja untuk meneroka peluang yang ada dan kami mempersembahkan tudung koleksi terbaharu ‘Ayuwan’ yang dinamakan ‘Gemala’,” kata pengurusan Ayuwan.

Nur Diyana Afiqah wakil Ayuwan dengan model
Nur Diyana Afiqah wakil Ayuwan dengan model

Koleksi eksklusif ini merupakan himpunan tudung ‘fotokromik’ pertama di Malaysia yang memperlihat corak tersirat apabila berada di bawah sinar matahari seperti mana batu ajaib ‘gemala’ dalam cerita Melayu klasik memberi wanita satu aura mistik, sesuai dengan gaya penghibur Ernie yang menjadi inspirasi di kalangan peminatnya. 

Majlis pelantikan yang diadakan di Sunway Putra Mall itu turut menampilkan pementasan peragaan himpunan skarf yang membiaskan aura glamor Ayuwan. Pementasannya memperlihatkan barisan produk utamanya, termasuk koleksi Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala. 

Selain itu, Ernie turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baharunya secara langsung buat pertama kali. Terokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya di www.ayuwan.com.my - Getaran, 11 November 2023

Foto : Ayuwan

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

4

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang