Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: Perempuan Dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

Pengarang Gaya Hidup dan Hiburan Getaran memberikan pendapat jujurnyanya tentang buku 'Perempuan Dari Masa Lalu' yang terdiri daripada himpunan 34 puisi dan catatan indah karangan Wafa Awla. 

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 5:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika mendengar tajuk buku ini, pasti ramai akan membayangkan sebuah novel cinta ataupun karya yang seangkatan dengannya. Namun Perempuan Dari Masa Lalu bukanlah sebuah kisah fiksyen yang kerap dijadikan drama televisyen ataupun filem romantik. Ia adalah sebuah buku yang terdiri daripada puisi serta catatan indah nukilan penulisnya Wafa Awla yang juga salah seorang sidang redaksi Getaran.

Sebagai seorang penulis lirik, saya sememangnya pencinta seni puisi kerana ia menjadi sebahagian darah daging saya sedari kecil lagi. Sejak mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan di usia 11 atau 12 tahun, saya sudah mula kagum dengan kata-kata yang disulam menjadi pantun, puisi dan karangan lain seumpamanya. 

Baik dalam Bahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia, ada sesuatu tentang permainan kata-kata yang boleh dihimpun menjadi karya bermakna. Malah puisilah asas yang dinobatkan menjadi lirik sebelum ia dilagukan oleh seseorang penyanyi.

Ada sesuatu juga tentang buku-buku bernaratifkan puisi yang kadangkala tidak dapat diterima atau difahami oleh sesetengah orang gara-gara perbezaan ketaranya dengan novel dan roman. 

Sesebuah novel atau buku cerita biasanya dibaca untuk kita mengikuti alur cerita yang direkayasa dengan pengakhiran yang mungkin dapat diteka dan kerap kali juga di luar jangkaan.

Walau bagaimanapun puisi tidak selalu sama motifnya. Kadang pendek, kadang berjela-jela panjangnya. Namun ceritanya biasanya habis di suatu karya.

Sungguhpun begitu, puisi-puisi yang dihasilkan oleh Wafa Awla dalam buku ini seperti satu lingkaran bertaut. Ia tidak terhenti di satu puisi, babak atau bahagian. Biarpun ada beberapa monolog sebagai penanda namun ia tetap ‘satu’ secara keseluruhan. Pada saya di situlah Perempuan Dari Masa Lalu ini bercerita tentang segala isinya.

Saya juga mendapat tahu yang buku ini ditulis kala Wafa masih bergelut dengan masalah kemurungan atau depresi. Barangkali gara-gara itu segala yang terpendam jauh di lubuk perasaannya dinukilkan dengan begitu tulus dan ikhlas kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai perkara yang membelenggu fikiran. 

Wafa berkias dan bermain kata-kata untuk menceritakan apa yang pernah dan dia jangka mungkin bakal dilewati dalam kehidupan. Lebih menarik, pilihan kosa katanya benar-benar menggamit sang pembaca.

Perkataan yang digunakan agak mudah difahami dan tanpa perlu menggunakan kosa kata bombastik atau bahasa petikan kesusasteraan Melayu yang terlalu lama atau kuno, mesejnya tetap sampai dan jika anda seorang ‘hopeless romantic’ atau ‘jiwang karat’ kata orang Melayu zaman sekarang, anda mungkin akan terjatuh dalam perangkap kata-kata Wafa Awla.

Ketulusan dan keikhlasan yang dilahirkan dalam himpunan puisi ini pasti ada kena-mengena dengan semua orang dalam kehidupan. Tidak kiralah yang sudah bahagia atau pun mereka yang masih memendam duka dan lara. Kerana kenyataan yang dipaparkan dalam susunan puisi-puisi ini (biarpun tersirat di balik kata-kata puitis) adalah benar. 

Semua manusia pasti pernah bahagia dan semua insan juga pasti pernah dicalar duka. Oleh sebab itu, Perempuan Dari Masa Lalu jujur bercerita.

Tidak kira apa jantina anda, jika punya cinta pada puisi dan kata-kata, jika sukakan ekspresi atau luahan melalui karangan dan bukan cerita novel biasa, buku ini pasti bakal anda sukai.

Anda mungkin juga akan membandingkannya dengan buku-buku puisi seperti Sofa Biru karya Nadhira Brundage atau #24 Minggu oleh bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 , Ana Raffali kerana persamaan konsep. Namun, naskhah ini berbeza kerana kata-katanya tidaklah ‘sesantai’ atau seringkas Sofa Biru yang lebih kasual dan kontemporari (yang juga saya kagumi dan sukai). 

Namun Perempuan Dari Masa Lalu ada tarikannya tersendiri.

Ya, ini mungkin pendapat jujur saya dan barangkali ramai juga yang tidak setuju dengan ulasan ini serta menganggap saya berlebihan memuji naskhah Wafa kerana dia salah seorang daripada penulis kami.

Terpulanglah kepada anda untuk menilainya sendiri. Saya sejujurnya kagum dengan naskhah ini dan berasa bangga kerana ia ditulis oleh sesorang yang saya kenali dan temui setiap minggu. Kerana sungguhpun beza usia kami hampir dua dekad Wafa masih mampu menyentuh hati saya dengan kata-katanya ini. 

Itulah yang saya maksudkan. Tanpa mengira usia, bangsa atau apa pun kategori anda, jika boleh memahami bahasa Malaysia pasti ada salah satu puisinya yang akan melekat di jiwa anda. Saya harap Perempuan Dari Masa Lalu akan muncul dengan kesinambungan yang tidak kurang hebatnya pada masa hadapan. – Getaran, 26 Ogos 2021.

Gambar: Wafa Awla

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

3

Budaya 1 tahun yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Walaupun berlangsung secara tertutup, gambar dan video yang dikongsi di media sosial mengundang kritikan terutama membabitkan busana nikah yang dianggap kurang...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

Penuhi waktu luang dan hujung minggu anda dengan pelbagai kisah menarik daripada Netflix.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

oleh Wartawan Hiburan Getaran