web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

Menurut pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin itu, rasa terima kasih itu dizahirkan dengan penganjuran ‘Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kot’ yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 10 Jun akan datang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:13PM

Di konsertnya nanti, Ella bakal menyanyikan 35 lagu sempena 35 tahun usianya bergelar anak seni Malaysia - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan penyanyi legenda rock, Ella memadam semua gambar di laman sosial baru-baru ini bukanlah suatu gimik, tetapi sekadar menyampaikan dengan lebih jelas ucapan terima kasih  kepada peminat selama ini. 

Menurut pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin itu, rasa terima kasih itu dizahirkan dengan penganjuran Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 10 Jun akan datang. 

“Tindakan saya memadam semua hantaran di media sosial bukan gimik. Saya tinggalkan satu ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sepanjang 35 tahun di dalam industri. 

“Ketika itu saya terima banyak mesej kerana mereka menyangka saya akan bersara. Ada yang merayu agar saya tidak berhenti bernyanyi dan jangan tinggalkan mereka.  

“Bila dapat respons sebegitu, saya rasa lebih semangat untuk buat konsert bagi mengubati rindu peminat. Saya yakin ada yang belum pernah menyaksikan konsert saya pun,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kuala Lumpur, hari ini. 

Ketika konsert yang bakal berlangsung lebih daripada dua jam itu, Ella bakal menyanyikan 35 lagu sempena 35 tahun usianya bergelar anak seni Malaysia. 

“Semoga konsert ini akan mengimbau kenangan manis dan membuat semua yang hadir terkenang zaman mereka muda seperti zaman bercinta dahulu.

“Konsert ini bukan yang terakhir, saya akan terus keep on rockin’,” katanya. 

Bukan itu sahaja, pelantun lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ itu juga bakal menjual buku tulisannya sendiri yang diusahakan selama dua tahun menceritakan perjalanan seninya sepanjang 35 tahun. 

Memandangkan bilangan buku bertajuk Ella Rockers Juga Manusia itu terhad, ia hanya akan dijual kepada pengunjung konsert.  Tiket konsert akan dijual serendah RM99 bermula 13 Mac hadapan. – Getaran, 10 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...