web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaedah Pelaksanaan Persidangan Parlimen Belum Diputuskan - Takiyuddin

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 4:19PM

Takiyuddin (kanan) beramah bersama orang ramai di PPV Dewan Perniagaan Cina Kelantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kaedah pelaksanaan sidang Parlimen masih belum diputuskan, sama ada akan dilakukan secara hibrid atau bersemuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan berhubung perkara itu akan ditentukan oleh Speaker kedua-dua Dewan.

Katanya, persidangan akan dibuat secara hibrid jika situasi semasa tidak membenarkan ia dilaksanakan secara bersemuka.

“Menerusi kaedah hibrid, sebahagian daripada ahli Dewan hadir secara fizikal mengikut jumlah tertentu, manakala yang selebihnya hadir secara maya.

“Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan kita masih belum memutuskan kaedah yang akan digunakan dalam persidangan nanti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, Parlimen dijangka bersidang pada akhir Ogos atau awal September, seperti kenyataan dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, kelmarin.

“Mengikut undang-undang, notis untuk persidangan Parlimen akan dibuat selepas tamat Ordinan Darurat pada 1 Ogos ini.

“Tarikh untuk Parlimen bersidang akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau yang akan menentukan perkara itu,” katanya.

Jelasnya, Perdana Menteri akan memaklumkan kepada Speaker untuk mengeluarkan notis kepada Ahli Parlimen dalam tempoh 28 hari sebelum Parlimen bersidang.

Media sebelum ini melaporkan, persidangan parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.

Rais Yatim dan Azhar Azizan dalam kenyataan bersama Jumaat lalu menyatakan, beberapa persiapan dari aspek perundangan, pentadbiran, teknikal dan perolehan bekalan perlu diperkemaskan terlebih dahulu untuk memastikan persidangan secara hibrid itu berjalan lancar. - Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad