Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mohd Fauzi, OKU Cacat Penglihatan Cabar Diri Ternak Arnab

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 10:11PM

Mohd Fauzi menceburi bidang penternakan arnab untuk dijadikan sumber rezeki baharu sejak dua tahun lepas semasa ditemui di rumahnya di Seberang Takir. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Bermain alat muzik, menjadi tukang urut, menjual tisu atau makanan ringan di tempat awam merupakan antara cara biasa Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan mencari rezeki, bersesuaian dengan keupayaan mereka yang terhad.

Berbeza dengan Mohd Fauzi Mansor, 50, yang buta kedua-dua matanya telah mencabar diri untuk keluar dari ‘zon selesa’ itu dengan menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab sejak dua tahun lepas, setelah yakin dengan potensi cerah dalam industri berkenaan.

Mohd Fauzi yang juga Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu berkata pada awalnya beliau kurang yakin dengan kemampuan dirinya untuk menguruskan ternakan itu kerana mempunyai masalah penglihatan.

“Namun, setelah mendengar sendiri penerangan daripada beberapa ahli Persatuan Penternak Arnab Terengganu, barulah saya berani memulakan langkah dengan memelihara tiga ekor arnab sebagai percubaan,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Seberang Takir di sini.

Menariknya, beliau menggunakan kaedah penternakan unik iaitu dengan merujuk tarikh yang ditandakan pada setiap arnab peliharaannya agar dapat memantau perkembangan haiwan berkenaan dengan lebih mudah dan sistematik.

“Data yang akan direkod ialah seperti tarikh mengawan, tarikh lahir dan tarikh cerai susu,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Seberang Takir di sini.

Memandangkan Mohd Fauzi tidak dapat melihat, setiap arnab akan dimasukkan ke dalam sangkar berserta nombor rujukan khas untuk memudahkannya mengenal pasti identiti haiwan tersebut.

Kini, beliau mempunyai lebih 100 ekor arnab ternakannya dengan pendapatan lebih RM2,000 sebulan dan telah berkongsi kelebihan menternak arnab dengan OKU cacat penglihatan yang lain agar mereka juga mampu berdikari sepertinya.

Mohd Fauzi berkata seekor anak arnab boleh dijual pada harga antara RM150 hingga RM180, manakala arnab dewasa berharga lebih RM300 bergantung pada baka dan saiz haiwan berkenaan.

“Setakat ini, enam ahli PERTIS telah mula menternak arnab dan kami sentiasa menganjurkan kursus penternakan dengan modul lengkap seperti pemilihan spesies arnab, jenis sangkar, pemakanan yang berkualiti dan cara membiakkan arnab yang sempurna untuk mendapatkan anak yang berkualiti.

“Selain menjadi tukang urut, kami berharap lebih ramai ahli PERTIS yang akan berminat menceburi ternakan arnab ini kerana modalnya tidak terlalu besar dan sistem penjagaannya juga tidak begitu rumit,” katanya yang turut menggunakan khidmat seorang ahli PERTIS untuk membantu menjaga haiwan tersebut secara sepenuh masa.

Seorang lagi OKU penglihatan, Aziz Musa, 53, yang turut menternak arnab mencipta kelainan dengan menghasilkan minyak urut saraf yang dihasilkan daripada lemak arnab.

“Saya mengetahui khasiat minyak lemak arnab ini kerana ia sebahagian daripada perawatan Islam. Lemak dicampur dengan ramuan rempah ratus yang lain, ramai tukang urut saraf dan refleksologi yang menggunakan minyak urut tersebut sangat berpuas hati dengan kesannya.

“Saya menjualnya dalam dua saiz botol iaitu 100 mililiter (ml) pada harga RM20 dan 60 ml pada harga RM15.

“Setakat ini jualan bulanan sekitar RM2,000 dan sasaran saya adalah lebih ramai OKU penglihatan menjadi ejen jualan untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

3

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini