web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Puji Resolusi UNHCR, Islamofobia Perlu Ditentang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 3:00PM

Abwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lepas berikutan insiden pembakaran al-Quran di luar masjid di Stockholm ketika perayaan Aidiladha.

UNHRC telah menerima pakai satu resolusi ‘membendung kebencian terhadap agama yang mencetuskan hasutan untuk mendiskriminasi, permusuhan atau keganasan’ pada 12 Julai dan antara 47 ahli majlis, 28 negara anggota mengundi menyokong resolusi tersebut termasuk Malaysia, 12 menentang manakala tujuh berkecuali.

Bagaimanapun, Anwar berkata adalah sesuatu yang malang apabila setiap langkah progresif yang diambil bagi menentang Islamofobia, ia menyalakan api kebencian dalam kalangan mereka yang berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara, seperti yang ditunjukkan negara anggota yang menentangnya.

“Walaupun UNHRC dengan berani menentang kebencian ini, saya berharap para penentang melihat semula pilihan mereka itu, dengan melakukan segala yang termampu untuk memastikan tindakan dan kata-kata mereka itu tidak menjadi penghalang, ketidakadilan, terhadap badan mulia yang disertai atau hak asasi manusia yang mereka pertahankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berselindung tanpa rasa malu di sebalik kebebasan bersuara, membolehkannya disalah guna dalam mewajarkan kebencian dan kekejaman daripada menentang kezaliman.

Islamofobia disifatkan sebagai racun yang mengancam dunia Barat dan umat Islam - gambar hiasan
Islamofobia disifatkan sebagai racun yang mengancam dunia Barat dan umat Islam - gambar hiasan

“Sebagaimana kita menolak totalitarianisme melampau, tanggapan ekstremis mengenai kebebasan juga memudaratkan masyarakat, yang boleh membawa kepada pelanggaran berterusan terhadap hak orang lain untuk hidup dan selamat,” katanya.

Sementara itu Anwar mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas terhadap Islamofobia dan berharap untuk melihat polis Sweden mengambil pendirian yang sama ketika mereka menjalankan siasatan.

“Kemudaratan dan kesakitan yang disebabkan oleh perbuatan sesetengah pihak hanya boleh diimbangi oleh kita yang lain, secara bersama, dan memilih untuk saling menghormati, mengambil berat dan menunjukkan belas ehsan, dan mencari persefahaman,” katanya.

Perdana Menteri berkata Islamofobia umpama racun yang mengancam dunia Barat sama seperti ia mengancam umat Islam di mana-mana negara mereka tinggal.

“Ia satu pencanggahan, di samping kesemua kebencian dan xenofobia yang tidak logik, dalam mencapai matlamat yang dikongsi semua masyarakat.

“Kita tidak boleh menyelesaikan isu ini dengan membakar dan menghina kitab masing-masing, tetapi dengan membacanya dan berdialog,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek