Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Projek GUNDAM Demi Kesejahteraan Bumi Pada Masa Hadapan

‘GUNDAM Open Innovation’menyatukan idea dan teknologi baharu untuk menghadapi pelbagai kebimbangan masyarakat yang berpunca daripada populasi manusia dan alam sekitar.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:50AM

Gambar: Kyu Wu, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat robot GUNDAM pasti teruja apabila Kumpulan Bandai Namco menetapkan satu dasar kelestarian bersama-sama dengan peminat mereka bagi mempromosikan aktiviti untuk merealisasikan sebuah masyarakat jangka panjang dan lestari dengan menggunakan strategi paksi IP teras mereka. 

‘Projek GUNDAM’ yang dipelopori oleh Ketua Pegawai GUNDAM, Koji Fujiwara itu telah memulakan ‘GUNDAM Universal Century Development Action (Guda)’ sebuah projek kelestarian yang menggunakan jenama ‘GUNDAM’. 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, ia akan melancarkan ‘GUNDAM Open Innovation’ di mana idea dan teknologi baharu dapat disatukan untuk menghadapi pelbagai kebimbangan masyarakat yang berpunca daripada populasi manusia dan alam sekitar.

Jadi, apa itu ‘‘GUNDAM Universal Century Development Action (Guda)?

Mengimbas kembali ke 40 tahun lalu, siri ‘GUNDAM’ telah diperkenalkan kepada dunia. Ia berkisar tentang  situasi bumi dan alam sekitarnya yang tidak menentu.

Ia digambarkan berada dalam satu era rekaan yang dikenali sebagai ‘Universal Century’ yang menyaksikan penghijrahan ruang angkasa mula berlaku dek kerakusan manusia.

Satu tema yang mendasari animasi ‘GUNDAM’ ialah cara bagaimana manusia menghadapi konflik tersebut, bukan sebagai individu, tetapi sebagai manusia sejagat.

Kumpulan Bandai Namco percaya bahawa mesej yang dibawa di dalam animasi ‘GUNDAM’ yang menyentuh mengenai populasi manusia dan alam sekitar mencetuskan banyak kebimbangan pada masa kini. 

Demi kesejahteraan kanak-kanak di masa hadapan, kumpulan itu dengan sokongan peminat dan rakan-rakan kerjasama mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik.

Mengetuai inisiatif itu, Bandai Namco Holdings, Bandai Spirits, Bandai Namco Amusement dan Bandai Logipal bersama-sama melancarkan ‘Projek Kitar Semula Gunpla’ pada April lalu.

Projek itu bertujuan untuk mengumpulkan runner atau bingkai plastik model-model Gunpla daripada peminat untuk dikitar semula bagi menjadikannya produk plastik baharu dengan menggunakan teknologi kitar semula kimia terkini.

Dengan bantuan peminatnya, Kumpulan Bandai Namco komited untuk merealisasikan sebuah masyarakat lestari. 

Projek baharu ‘GUNDAM Open Innovation’

Kembali pada tahun 2018 dan 2019, Kumpulan Bandai Namco telah melancarkan ‘BANDAI NAMCO Accelerator’ untuk mengumpulkan idea-idea perniagaan yang tidak terikat dengan model perniagaan konvensional.

Ia merupakan satu usaha untuk membawa perubahan yang dapat membawa kumpulan itu ke peringkat seterusnya. 

Kini, ‘BANDAI NAMCO Accelerator’ mengambil satu pendekatan terbaharu di mana ia akan dilancarkan sebagai inisiatif seterusnya kepada GUDA di bawah projek, ‘GUNDAM Open Innovation’. 

Projek inovasi itu bertujuan untuk mengumpulkan idea dan teknologi baharu daripada peminat dan rakan kerjasama di seluruh dunia dalam usaha untuk menangani kebimbangan yang berpunca daripada populasi manusia dan alam sekitar dengan menggunakan jenama ‘GUNDAM’.

Disember lalu, kumpulan itu telah mempertontonkan kepada umum sebuah arca GUNDAM setinggi 18 meter di Kilang Gundam Yokohama. Ia adalah usaha yang melibatkan pelbagai pihak serta untuk merealisasikan keinginan untuk melihat GUNDAM berskala penuh yang mampu bergerak.

Dengan cara ini, kumpulan ini percaya bahawa ia dapat membawa konsep realiti yang tidak pernah dilihat sebelum ini dengan mengumpulkan dan menerapkan idea yang diilhamkan dari dunia fiksyen ‘GUNDAM’. 

Maklumat lanjut mengenai projek ini, akan diumumkan selanjutnya di laman web rasmi kumpulan ini di http://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en  

Kumpulan ini berharap mereka juga boleh mendapat maklumbalas, idea mahupun komen daripada semua pihak di seluruh dunia. - Getaran, 23 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

4

Jelajah 5 bulan yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Refleksi 6 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah