web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:32PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching selepas merasmikan program 'Carbon Footprint En Route to Nature' hari ini. gambar FB MCMC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Orang ramai boleh menghantar gajet lama atau rosak ke pusat pengumpulan e-sisa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya ia dapat dikitar semula atau dilupuskan melalui proses yang betul, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Dengan dianggarkan 364 juta e-sisa dihasilkan setiap tahun di negara ini, Teo berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MCMC menggiatkan inisiatif hijau menerusi program KITAR yang mengumpul dan mengitar semula gajet lama bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan jejak karbon.

"Jangan buang sebarangan atau cara biasa ke tong sampah, sebab ada cara untuk kita kitar semula.

"Setiap e-waste (e-sisa) yang dihantar ke MCMC contohnya akan dihantar ke kontraktor yang berkepakaran. Kita pastikan bahan tersebut mempunyai elemen yang akan diekstrak jika dapat pakai semula atau dibuang menerusi prosedur ditetapkan, untuk mengurangkan e-waste di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Carbon Footprint En Route to Nature' di sini, hari ini.

Teo berkata, jumlah e-sisa akan sentiasa meningkat memandangkan setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya dua gajet seperti komputer riba dan telefon bimbit.

Sementara itu, program hari ini anjuran MCMC bersempena ulang tahun ke-25 suruhanjaya itu yang bertemakan 'Harmoni Digital, Simfoni Bumi' bertujuan menyelia dan mengurangkan jejak karbon serta meminimumkan impak alam sekitar, dengan tumpuan kepada perubahan iklim menerusi penanaman pokok.

Teo berkata, lebih 300 pokok ditanam oleh warga MCMC pada program berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad