Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

Jelajah Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 9:34PM

Terdapat beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur di Geopark Lembah Kinta telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WARTA HUTAN BATU KAPUR SEBAGAI HSK CARA TERBAIK KEKAL KELESTARIAN

IPOH, 29 Okt (Bernama) -- Pewartaan hutan batu kapur sebagai hutan simpan kekal atau kawasan perlindungan merupakan antara cara terbaik dalam memelihara serta mengekalkan kelestarian khazanah alam itu khususnya di kawasan Geopark Lembah Kinta.

Bekas Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak Mohamed Shah Redza Hussein berkata bagaimanapun perkara itu perlu dibincangkan dengan semua pihak berkepentingan kerana terdapat beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur berkenaan telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan.

“Pelan pengezonan ini telah dibuat sejak puluhan tahun lepas melalui perjanjian dan banyak konsesi telah diberi pajakan serta sewaan sebelum Geopark Lembah Kinta ini wujud.

“Kalau kerajaan menghentikan serta-merta aktiviti ini, maknanya perlu diberi pampasan kepada pihak konsesi. Jadi, sewajarnya pihak berkepentingan dan pihak konsesi sendiri bersama-sama memelihara kawasan ini dan pada masa sama mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Khazanah Batu Kapur: Mencari Keseimbangan Antara Kemampanan Ekonomi dan Konservasi di Masoorat Heritage Park di sini hari ini.

Sebelum ini, Pegawai Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman mencadangkan supaya agensi berwajib menubuhkan sekurang-kurangnya satu petak contoh hutan batu kapur yang mempunyai status hutan simpan kekal bagi memastikan kawasan itu dipelihara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.

Selain itu, Mohamed Shah Redza berkata masyarakat terutama belia perlu diberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan memelihara khazanah berkenaan yang menyimpan pelbagai sejarah tidak ternilai.

Sementara itu, Operator Masoorat Heritage Park Megat Mohd Shahrin Mohd Hamdan berkata forum berkenaan menghimpunkan lebih 70 belia terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut institusi awam.

Beliau berkata antara objektif utama ialah memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar mengetahui lebih luas berkaitan Gua Masoorat dan kepentingan untuk memelihara khazanah alam berkenaan.

“Pada program ini, mereka bukan sahaja dapat mengenali Gua Masoorat lebih dekat malah kita juga anjurkan pertandingan untuk mereka hasilkan video menarik berkaitan Gua Masoorat seterusnya sebarkan menerusi medium media sosial.

“Impaknya, ia sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan peluang kepada orang ramai mengenali Gua Masoorat selain pada masa sama pelajar ini mendapat pengetahuan tentang segala yang terdapat di sini,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN