Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Sejak beberapa dekad, tapak pelupusan sampah merupakan sarang konvensional ekoran pembuangan sisa pepejal yang berlipat ganda

Kolum Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 5:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Fikir dulu sebelum buang”.

Pernyataan ini kekal relevan sehingga kini, khususnya kepada masyarakat Malaysia yang masih berdepan masalah dalam pengendalian sampah. Setiap hari, golongan masyarakat kita menghasilkan jumlah sampah yang berlebihan. Isu ini didorong terutamanya disebabkan oleh peningkatan kadar urbanisasi serta tabiat penggunaan kita yang semakin meningkat. Menurut data daripada Kumpulan Bank Dunia, pengeluaran sampah tahunan telah merekodkan peningkatan  sebanyak dua bilion tan!

Sejak beberapa dekad, tapak pelupusan sampah merupakan sarang konvensional ekoran pembuangan sisa pepejal yang berlipat ganda. Hanya di Malaysia sahaja, purata sekitar 38,000 metrik tan sisa pepejal dihantar ke lebih 100 tapak pelupusan sampah setiap hari. Namun realitinya, praktis sebegini lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Konsep yang salah 'tidak kelihatan, tidak diingati' dan 'bukan di kawasan saya' (BDKS) apabila berbicara tentang tapak pelupusan sampah hanya memburukkan lagi krisis sampah di Malaysia. Jika dibiarkan, tapak pembuangan sampah di Malaysia akan mencapai kapasiti yang penuh menjelang tahun 2050 sekaligus meninggalkan Malaysia tanpa ruang untuk pelupusan sisa pepejal.

Walhal itu, kerajaan haruslah menggubal peraturan dan penguatkuasaan secara berterusan dalam mempromosikan program kitar semula dan bergerak ke arah model ekonomi yang lebih mampan dan sirkular. Saya percaya bahawa penglibatan pihak universiti merupakan kunci penting ke arah mempertingkat pembangunan mampan dan inovasi selari dengan kedudukan mereka selaku pusat pendidikan, penyelidikan, serta memperluaskan impak kelestarian khususnya kepada graduan yang dihasilkan..

Golongan generasi muda atau belia juga berperanan penting selaku bakal pemimpin di barisan hadapan yang akan terus menerajui dan mendepani cabaran mendatang dalam masyarakat. Generasi masa depan juga akan lebih peka terhadap isu kelestarian alam serta liku-liku cabaran yang sering kita hadapi dalam pengurusan sampah dan kelestarian. Golongan ini adalah pelapis dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar di masa hadapan.

Dasar-Dasar Dan Praktis Yang Mesra Alam Sekitar

Universiti merupakan salah satu institusi yang dikatakan sebagai pengguna yang signifikan. Misalnya, mereka membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan, daripada bekalan pejabat sehingga bahan binaan dan perkhidmatan katering. Selaku pembeli utama, universiti boleh memanfaatkan kuasa pembelian mereka untuk melahirkan permintaan pasaran produk yang mesra alam sekitar. Dengan menerapkan  pengurusan mampan yang praktikal, universiti boleh membawa suara ke pasaran bahawa kelestarian adalah penting untuk menghasilkan impak positif dalam komuniti ini. Impak ini juga boleh menular kepada para pembekal dan penjual (misalnya PKS) yang kemudiannya boleh mengikut langkah yang sama ke arah mempraktikkan konsep kemampanan. .

Selain dari praktis perolehan hijau, saya percaya bahawa universiti di seluruh negara telah menunjukkan sifat proaktif dalam usaha mereka untuk mencapai kelestarian alam. Misalnya, program kitar semula, pengasingan sisa, dan aktiviti pengomposan adalah contoh terbaik dalam komitmen mereka bagi mengurangkan sisa dan menjaga sumber-sumber yang berharga.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa usaha ini berperanan penting namun usaha untuk mencapai keunggulan dalam pengurusan sisa mesti diteruskan. Menurut pendapat saya, universiti seharusnya bertungkus lumus dalam mencari penyelesaian ke arah transformasi dan inovatif sekali gus melangkaui batasan sedia ada bagi mengubah praktis pengurusan sisa mereka ke tahap yang baharu.

Asher, sejenis inovasi yang membawa perubahan lestari merupakan salah satu contoh penyelesaian inovatif yang melibatkan teknologi adalah direka khas bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal. Inovasi ini juga mampu memperjuangkan dan menawarkan pendekatan lestari yang praktikal dan memberi kesan segera dalam mengurangkan dan menghapuskan sisa pada punca asalnya. Dengan teknologi mesra alam, Asher boleh mengubah sisa organik dan bukan organik menjadi abu yang boleh digunakan semula, yang berpotensi untuk aplikasi dalam industri pembinaan, struktur dan pertanian.

Apabila pihak universiti mengintegrasikan teknologi seumpama ini dalam praktis mereka, mereka menunjukkan komitmen proaktif terhadap pengurusan sumber dan kelestarian. Ia juga membuka peluang untuk penggunaan yang mampan, menjadikan universiti peneraju utama dalam amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab. Ini mencerminkan komitmen untuk mengawal impak ekologi dan memacu inisiatif iklim ke hadapan. Sehubungan dengan itu, universiti bukan sekadar mendorong inovasi tetapi juga menonjolkan aspek yang menunjukkan keuntungan dan tanggungjawab sosial dalam pengurusan alam sekitar. Ini juga bermaksud universiti menjadi penanda aras selari dengan inovasi yang unggul di mana mereka memberi inspirasi kepada komuniti di seluruh dunia, menunjukkan keuntungan dan tanggungjawab sosial dalam penjagaan alam sekitar.

Pelajar Hari Ini, Pemimpin Berinspirasi Hijau Esok

Saat dunia menuju masa depan yang lebih lestari, permintaan terhadap tenaga kerja dalam kemahiran hijau (green skill) semakin meningkat. Bidang seperti kecekapan tenaga, penyelesaian pengurusan sisa yang realistik, praktikal, dan berkesan, serta pengangkutan lestari memerlukan tenaga kerja di generasi baharu yang memiliki pengetahuan, kepakaran, dan kesedaran untuk mendorong perubahan positif.

Untuk memenuhi keperluan masa depan dan melahirkan para graduan dengan pelbagai kepakaran penting, universiti-universiti Malaysia haruslah menyesuaikan kurikulum mereka dengan mengintegrasikan mata pelajaran dan program yang berkaitan dan praktikal. Kelak, para graduan ini mampu menjadi barisan pemimpin pelapis berkaliber, peneraju korporat, pereka, jurutera dan pembuat keputusan yang mempunyai kuasa untuk memberi kesan kepada alam sekitar secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah penting untuk mendedahkan pelajar sejak awal bagi melengkapkan mereka dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan secara berkesan dan relevan. Justeru itu, hal ini dapat menjamin masa depan yang lestari dan sejahtera bagi negara serta di persada dunia.

Seiring dengan asas di sebalik penciptaan dan pelaksanaan Asher di universiti-universiti di insani dalam pelajar universiti, satu realisasi mendalam menyentuh hati mereka - kuasa terletak dalam setiap individu untuk menjaga Alam Ibu, mengekalkan keindahannya yang asli untuk generasi akan datang. Dengan merangkul semangat ini dalam penyelidikan praktikal mereka, mereka sedar akan tanggungjawab diri yang melekat pada kita semua untuk mengambil tindakan praktikal dan bermakna, berusaha untuk menjadikan dunia tempat yang bersih, cerah dan indah. Hatiku terketuk dan dengan kesedaran dan tekad baharu, mereka memulakan perjalanan untuk menjadi pahlawan alam sekitar, bersatu dalam misi kolektif untuk mencipta masa depan yang lebih cerah dan indah untuk semua. Keterlibatan ini diharapkan dapat menegaskan satu kebenaran penting: agar mereka mengenali potensi mereka dalam menjaga alam sekitar.

Sinergi Mesin, Kerjasama Dan Kelestarian

Walaupun universiti-universiti boleh meningkatkan praktis mereka di kampus mereka sendiri, potensi sebenar mereka terletak pada keupayaan individu untuk menjadi pemangkin perubahan dalam masyarakat secara lebih meluas. Sikap bekerjasama antara universiti, industri, kerajaan, masyarakat madani dan rakyat dengan memanfaatkan pengetahuan dan sumber yang unik mampu mencipta persekitaran optimum untuk memupuk penyelesaian inovatif dan saksama dalam pengurusan sisa.

Selaku pendokong  ke arah kelestarian dan pengurusan sisa yang efektif, saya dengan teguh percaya melalui bergabung tenaga dan kepakaran adalah kunci untuk mengatasi liku-liku cabaran yang timbul akibat peningkatan sisa pepejal yang kian meningkat. Kerjasama lintas sektor berperanan sebagai landasan asas dalam membina strategi lestari untuk memupuk strategi mampan yang memberikan faedah kepada masyarakat secara umum. Dengan menyatukan usaha pelbagai pihak, kita boleh menuju ke arah pembangunan lebih banyak mesin yang direka untuk menangani isu pada punca, seperti pendekatan yang diperlihatkan oleh The Asher dalam menangani isu sisa-sisa secara menyeluruh secara berkesan. Jenis kerjasama lintas sektor ini adalah penting untuk mencapai skala dan impak berterusan yang kita perlukan. Kami di Pamarai pasti terbuka dan berminat untuk memupuk dan memudahkan kerjasama sebegini lalu menggesa universiti untuk mendengar seruan kami.Secara kolektif, kami berharap agar topik ini mampu memberi inspirasi kepada generasi baharu yang peka akan alam sekitar bagi mendorong pembentukan transformasi, praktikal, dan efektif serta membuka jalan ke arah masa depan yang lebih bersih, hijau, dan cerah.

Penulis ialah Pengasas Bersama/Pengarah Eksekutif Pamarai Sdn Bhd.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao