Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

Iindustri e-dagang negara adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara yang diunjurkan mencecah RM78.43 bilion menjelang 2027

Kolum Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 6:06PM

Kemudahan simpan sendiri oleh Extra Space Asia menjana pertumbuhan PKS - gambar Extra Space Asia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak sedekad yang lepas, e-dagang telah berkembang maju dan menjadi salah satu aspek penting dalam jualan peruncitan. Ketika kedai-kedai fizikal menerima tamparan hebat apabila pandemik COVID-19 melanda negara kita, orang ramai mula beralih kepada pembelian dalam talian. Sehubungan itu, sektor pasaran e-dagang telah melonjak naik dengan jayanya.

Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena ini. Malah, industri e-dagang negara adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara yang diunjurkan mencecah RM78.43 bilion menjelang 2027. Walaupun lonjakan permintaan daripada pembeli dalam talian ini menandakan peluang perniagaan yang baik untuk golongan usahawan, sebilangan kecil usahawan yang menuju ke arah menjalankan perniagaan e-dagang mereka dari rumah mula menghadapi masalah penting iaitu masalah ruang penyimpanan yang tidak mencukupi.

Gudang Atau Penyimpanan Sendiri – Mengendalikan Ruang Dengan Bijak

Selama bertahun-tahun, gudang sering menjadi pilihan utama untuk menyimpan inventori perniagaan kerana saiz bangunannya yang luas, besar serta memberi kemudahan untuk disewa dan direka khas untuk penyimpanan industri. Walau bagaimanapun, kemunculan ruang simpan sendiri telah membuka kotak pilihan storan baru untuk perniagaan.

Seperti yang kita tahu, gudang merupakan pilihan utama dalam memenuhi keperluan dan pengurusan logistik yang besar. Namun begitu, gudang turut memerlukan pengurusan yang kompleks agar perniagaan dapat beroperasi dengan lebih efisien. Daripada permintaan buruh hingga komitmen sewaan, penggunaan gudang boleh memberi beban kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan pemula.

Sebaliknya, simpan sendiri atau storan telah menjadi pilihan yang terkemuka buat belasan tahun kerana aspek fleksibiliti dan keberkesanan kosnya yang membawa penyelesaian kepada keperluan inventori dalam sektor perniagaan. Kemudahan ini sentiasa menawarkan terma sewa yang berpatutan yang boleh dilaksanakan antara kontrak bulanan hingga tahunan bergantung kepada keperluan penyimpanan perniagaan yang pelbagai.  Selain itu, kemudahan simpan sendiri juga dilengkapi dengan keselamatan 24 jam untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan tanpa sebarang caj tambahan kos ke atas barangan anda.

Melangkau Cabaran E-Dagang: Bagaimana Simpan Sendiri Menyelamatkan Perniagaan Daripada Masalah Penghantaran 

Menguruskan perniagaan e-dagang yang semakin berkembang sering dipenuhi dengan cabaran. Walau bagaimanapun, kemudahan simpan sendiri seperti Extra Space Asia boleh membantu dan meringankan beban golongan PKS untuk mengharungi landskap peruncitan yang dinamik.

Sememangnya, kemudahan simpan sendiri menyediakan penyelesaian praktikal bagi perniagaan e-dagang yang berdepan dengan pengurusan inventori. Syarikat kecil-kecilan cenderung menghadapi dilema untuk mengekalkan ruang simpanan yang mencukupi terutamanya semasa musim puncak atau turun naik dalam permintaan. Dengan wujudnya kemudahan simpan sendiri, para peniaga atau usahawan boleh memilih dari pelbagai saiz ruang penyimpanan yang selari dan bersesuaian dengan tahap inventori mereka tanpa memerlukan kos yang berlebihan. 

Selain itu, salah satu kelebihan utama simpan sendiri ialah keupayaannya untuk menangkis keberkesanan kos dalam keperluan inventori bagi perniagaan e-dagang. Bagi perusahaan kecil dengan kekangan bajet, ini memberikan kelebihan besar kerana simpan sendiri membolehkan usahawan membayar hanya untuk ruang yang benar-benar diperlukan. Maka, kelebihan ini berfungsi sebagai alternatif kepada gudang konvensional yang memerlukan komitmen kos yang lebih besar. Bagi perniagaan yang giat berkembang, kemudahan simpan sendiri juga mampu memperluas ruang penyimpanan mengikut pengoperasian perniagaan mereka tanpa perlu terikat pada komitmen jangka panjang.

Sudah ternyata bahawa merentasi kemajuan digital adalah suatu aspek yang kritikal dalam sektor perniagaan dalam talian. Walau bagaimanapun, proses pendigitalan inventori dan pengoperasian yang menyeluruh turut membawa kepada kos tambahan mahupun keperluan tenaga kerja. 

Berkaitan dengan kebimbangan keselamatan, ia adalah sangat penting bagi perniagaan e-dagang untuk melindungi inventori yang bernilai daripada kerugian yang tidak diingini. Seperti yang disebut sebentar tadi, kemudahan simpan sendiri menyediakan langkah-langkah keselamatan yang kukuh seperti kamera pengawasan 24 jam, kawalan akses dengan kod pin unik, serta kunci keselamatan. Persekitaran yang dipantau ini membolehkan pemilik perniagaan kekal yakin bahawa produk mereka kekal selamat sama ada untuk keperluan jangka pendek atau sebahagian daripada strategi penyimpanan luar jangka.

Terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan oleh PKS dan usahawan baru dalam mengemudi pasaran e-dagang yang sentiasa berubah. Kemudahan simpan sendiri seperti Extra Space Asia telah berkembang untuk menyediakan penyelesaian penyimpanan yang praktikal dan selamat ke arah menyokong PKS dalam usaha mereka untuk melonjak naik dalam perniagaan mereka. Keseluruhannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa simpan sendiri telah terbukti menyumbang kepada keupayaan dan kejayaan landskap e-dagang dalam talian di Malaysia. - Getaran, 2 Mac 2024

Kenneth Worsdale ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Extra Space Asia

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

4

Kolum 2 bulan yang lalu

SEZ Johor - Singapura: 3 Cabaran Yang Perlu Ditangani

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM