Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SEZ Johor - Singapura: 3 Cabaran Yang Perlu Ditangani

Salah satu innovasi yang bakal diperkenalkan dengan RTS ialah CIQ Co-location di mana pegawai immigresen Malaysia dan Singapura ditempatkan di sempadan kedua-dua negara

Kolum Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 5:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang baru dicadangkan menjanjikan pelbagai potensi yang besar dan berfaedah untuk kedua-dua negara. Di antaranya ialah untuk
mengeratkan hubungan ekonomi dan mewujudkan pusat dinamik untuk inovasi dan pembangunan di rantau Asia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu
diambil berat walaupun projek ini masih di peringkat awalan kerana jika tidak ditangani dengan secara terancang, segala usaha dan pelaburan bernilai berbillion ringgit bakal menjadi sia-sia.

Cabaran 1: Menakluk Kesesakan Tambak
Setiap hari, lebih 300,000 rakyat Malaysia menyeberangi Tambak, mencari rezeki di Singapura. Walau bagaimanapun, perjalanan yang perlu mereka hadapi amat mencabar di mana ramai yang terpaksa bangun pagi seawal 4 pagi untuk memulakan perjalanan ke Singapura sama ada menaiki motosikal ataupun pengangkutan awam seperti bas. Sistem Transit Rapid (RTS) yang kini sedang dibina, dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam, diharapkan akan dapat membantu kesesakan yang kini semakin meruncing.

Namun demikian RTS tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan di Tambak Johor, malahan dijangkakan hanya 30% sahaja kesesakkan akan dapat diatasi bila
RTS mula beroperasi pada tahun 2027 nanti. Salah satu innovasi yang bakal diperkenalkan dengan RTS ialah CIQ Co-location di mana pegawai immigresen Malaysia dan Singapura ditempatkan di sempadan kedua-dua negara. Ini bermakna pelawat cuma perlu melalui pemeriksaan imigresen sekali sahaja sama ada di Singapura atau di Malaysia dan bukannya di kedua-dua sempadan. Ini satu perkembangan yang bakal mepercepatakan laluan di antara kedua-dua negara.

Tetapi mengapa berhenti di situ? Mungkin sistem ini boleh diperluaskan kepada mereka yang masuk ke Malaysia dengan kenderaan darat yang lain seperti kereta dan bas. Jika sistem ini dibuktikan berkesan untuk penumpang RTS pihak berkuasa patut berusaha agar diimplementasikan di kesemua laluan di antara Johor dan Singapura.
Di samping itu laluan alternatif, seperti laluan ferry di antara Johor dan Singapura boleh dipertimbangkan sebagai satu lagi pilihan untuk orang berulang alik dari Johor dan Singapura.

Kini ada dua laluan iaitu Tambak Johor dan juga Jambatan Linkedua , tetapi satu lagi laluan perlu dipertimbangkan untuk keperluan masa akan dating untuk memastikan semua orang sampai ke destinasi mereka dengan cepat dan cekap. Pelaburan strategik dalam infrastruktur pengangkutan menjadi kunci, dan SEZ Johor-Singapura mempunyai potensi yang sama seperti Hong Kong - ShenZhen. Dengan membina jambatan, bukan kesesakan, kami membuka jalan untuk zon ekonomi yang benar-benar terhubung dan bertenaga.

Cabaran 2: Tenaga Kerja Mahir Dan Memenuhi Keperluan Pelabur
Singapura mempunyai tenaga kerja yang ramai dan mahir dalam teknologi termaju, manakala Johor menawarkan kelebihan kos dan sumber tanah yang luas tetapi terdapat satu jurang yang agak besar: kekurangan tenaga kerja mahir yang sesuai untuk mengisi keperluan pelabur.

Sebelum wujudnya Zon Ekonomi Khas Johor Singapura, Johor berhadapan dengan kekurangan tenaga kerja yang meruncing akibat tarikan gaji lumayan yang ditawarkan di
Singapura dengan kadar pertukaran RM3.50 untuk setiap S$1.00. Isu ini memerlukan kerjasama kedua-dua negara untuk ditangani untuk faedah bersama.

Bayangkan institusi pendidikan dari kedua-dua negara berganding bahu, memupuk tenaga kerja mahir melalui biasiswa, program pertukaran, dan perkongsian industri-akademik.
Program-program ini bakal menjadi seperti tanah yang subur, di mana minda muda berkembang menjadi pakar, bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan SEZ. Namun demikian bakat juga perlu dikekalkan. SEZ mesti menjadi magnet, menarik syarikat multinasional dan syarikat permulaan (startups) dengan menawarkan gaji yang kompetitif,
prospek kerjaya yang menarik dan persekitaran kerja yang dinamik.

Akhir sekali, peningkatan kemahiran. Dengan melabur dalam program latihan, kita dapat melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran terkini, memastikan mereka dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah. Dengan harapan di mana bakat dari kedua-dua negara berkembang, memperkayakan landskap ekonomi dengan
kepakaran dan inovasi mereka.

Cabaran 3: Menjinakkan Inflasi
Apabila SEZ berkembang pesat, terdapat potensi kebimbangan inflasi di kalangan penduduk tempatan. Tanpa intervensi terancang, harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat lebih cepat daripada pendapatan, dan ini bakal menyusahkan orang ramai.

Untuk menangani isu ini perlu ada langkah-langkah yang disasarkan untuk memastikan harga stabil. Ini bermakna memantau kadar inflasi dengan teliti dan membetulkan sebarang isu dalam rantaian bekalan dengan cepat, memastikan barangan dan perkhidmatan penting kekal mampu milik. SEZ boleh menjadi hab inovasi, memfokuskan pada sektor seperti teknologi, automasi dan pertanian mampan. Industri-industri ini bukan sahaja mencipta pekerjaan baru tetapi juga meningkatkan produktiviti keseluruhan, menjadikan ekonomi SEZ ini lebih cekap dan berdaya tahan terhadap inflasi. Tambahan pula, kerjasama dengan Singapura, peneraju dalam menguruskan inflasi, boleh dicontohi.

Berkongsi kepakaran, menjalankan penyelidikan bersama dan menyelaraskan dasar boleh membuka jalan bagi penyelesaian yang berkesan, memastikan
SEZ berkembang maju dengan harga yang stabil dan pertumbuhan yang mampan.

SEZ Johor-Singapura bukan sekadar projek ekonomi; ia adalah simbol kemakmuran bersama, bagaikan jambatan yang menghubungkan dua negara dengan matlamat yang sama. Dengan menerima cabaran ini dan melaksanakan penyelesaian strategik, kita boleh membina masa depan yang berdaya tahan dan makmur untuk kedua-dua negara. Mari belajar daripada model yang berjaya seperti Hong Kong, di mana pelaburan berani dalam pembangunan infrastruktur dan bakat mendorong pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam permaidani kejayaan ekonomi serantau, SEZ Johor-Singapura boleh menjadi contoh yang cemerlang, dijalin dengan benang kerjasama rentas sempadan, inovasi dan pertumbuhan yang mampan. Usahasama ini bukan sekadar angka dan statistik; tetapi melibatkan insan, impian mereka, dan aspirasi mereka untuk masa depan yang lebih cerah.

Dengan bekerjasama, kita boleh memastikan SEZ menjadi realiti, suar harapan dan kemakmuran untuk generasi akan datang. - Getaran, 8 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Kisah Anak Gen X: Selamat Hari Star Wars!

oleh M.Zulkifli